6 filem animasi tempatan dan global yang ditunggu-tunggu untuk 2019

Salah satu objektif program Pendidikan Multimedia Interaktif yang diikuti di USM 10 tahun lalu adalah untuk menyediakan kami mengajar subjek animasi di sekolah.

Kami dimaklumkan akan bermulanya penawaran subjek animasi di sekolah-sekolah teknik/vokasional kelak. Oleh itu, kami didedahkan dengan beberapa kursus animasi 2D dan 3D.

Walaupun tidak mengajar animasi, sepanjang bergelar pendidik, saya menemui ramai pelajar yang mempunyai bakat lakaran yang baik serta pintar terhadap ruang.

Sayang jika kebolehan mereka tidak digunakan sebaik-baiknya. Pembangunan bakat dari awal usia amat penting bagi menjamin bekalan tenaga kerja yang mencukupi serta berkualiti untuk industri.

Perkembangan industri kreatif Malaysia

FINAS & MDEC telah mencorak industri kreatif Malaysia ke landasan yang betul. Kehadiran studio-studio kreatif dengan pelbagai produksi animasi menjadikan Malaysia sebagai negara yang sangat aktif di rantau.

Berita Harian melaporkan sehingga April 2018, terdapat 365 studio dalam negara mencipta 11,150 peluang pekerjaan di pelbagai sektor kreatif seperti animasi, permainan, media baru, VFX dan platform insfrastruktur.

Untuk 2019, industri penerbitan animasi tempatan mencatat satu sejarah tersendiri apabila 3 ikon siri TV animasi popular Malaysia bakal menayangkan filem mereka. Mereka adalah Upin & Ipin, BoboiBoy dan Ajen Ali.

Filem animasi 3D tempatan dan luar 2019

Dengan penerbitan ketiga-tiga filem ini, ianya akan menjadi satu penanda aras baharu industri animasi lantas membuka mata dunia dengan kemampuan bakat tempatan.

2019 merupakan tahun yang paling mengujakan bagi peminat filem animasi 3D. Baiklah, mari kita lihat 3 penerbitan tempatan dan 3 penerbitan luar yang sangat ditunggu-tunggu.

1. Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Ini merupakan filem animasi 3D penuh pertama kembar popular Upin & Ipin setelah melakukan kemunculan dalam filem ‘Geng : Pengembaraan Bermula (2009)’ dan ‘Jeng Jeng Jeng! (2016)’.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mengisahkan pengembaraan Upin & Ipin serta rakan-rakan ke negara Inderaloka selepas tanpa sengaja menemui sebilah keris misteri di stor milik Tok Dalang.

Menariknya filem ini menampilkan beberapa watak cerita dongeng tempatan seperti Raja Bersiong, Mat Jenin, Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dan Pak Belalang.

Studio: Les’ Copaque (Malaysia)

Kos: RM 20 juta (USD 4.9m)

Tarikh tayangan (Malaysia): 23 Mac 2019

2. BoboiBoy Movie 2

Boboiboy merupakan satu siri animasi tempatan yang mengambil inspirasi daripada beberapa ikon animasi dan fiksyen popular dunia. Selain Malaysia, ia kini mempunyai peminatnya yang tersendiri di Indonesia, Filipina dan juga Vietnam.

BoboiBoy Movie 2 merupakan filem kedua setelah kejayaan filem pertama BoboiBoy The Movie (2016) yang memperolehi kutipan sebanyak RM16 juta. Ianya memaparkan genre aksi untuk semua peringkat umur.

Pengarahnya, Nizam Razak mencipta nama dengan ‘Geng : Pengembaraan Bermula (2009)’ serta siri animasi Upin & Ipin dibawah studio Les’ Copaque. Diharap filem ketiga beliau bersama rakan-rakan kreatif dalam Monsta mampu menggegarkan pawagam.

Studio: Monsta – Animonsta Studios (Malaysia)

Kos: akan dikemaskini

Tarikh tayangan (Malaysia): *Ogos/September 2019 (*akan dikemaskini)

3. Ejen Ali The Movie

Siri animasi TV Ejen Ali muncul pada 8 April 2016 setelah 3 tahun penubuhan Wau Animation. Pengasasnya, Usamah Zaid Yasin, juga dulu merupakan individu penting disebalik penerbitan siri animasi dibawah Les’ Copaque.

Saya begitu kagum dengan beberapa teknik animasi yang digunakan dalam siri TV Ejen Ali. Melihat teaser filem yang disiarkan saya merasakan ianya sebuah naskah yang hebat walaupun hanya menelan kos sebanyak RM 5.5 juta.

Tidak sabar untuk melihat plot penceritaan yang bakal ditampilkan setelah kita menyaksikan 2 musim dalam siri animasi TV. Ejen-ejen semua, adakah anda bersedia?

Studio: Wau Animation (Malaysia), Primeworks Studios (Malaysia)

Kos: RM 5.5 juta (USD1.35m)

Tarikh tayangan (Malaysia): Penghujung 2019

4. Toy Story 4

Toy Story merupakan antara sejarah permulaan filem animasi 3D dunia. Ditayangkan pada 2005, filem pertama kolaborasi Disney Pixar ini memperolehi kutipan sebanyak USD 376 juta dari tayangan seluruh dunia.

Filem ke-4 ini masih mengekalkan Tom Hank dan Tim Allen sebagai suara watak utama. Tidak sabar lagi untuk melihat Woody si koboi serta rakan-rakannya beraksi.

Studio: Disney Pixar

Kosakan dikemaskini

Tarikh tayangan (global): 21 Jun 2019

5. The Lion King

The Lion King dihasilkan semula setelah 25 tahun filem pertamanya ditayangkan pada 1994. Ianya menerima sentuhan sutradara Jon Fevreau yang terkenal dengan karya ‘Iron Man’ dan ‘The Jungle Book’.

Sepertimana filem pertamanya, The Lion King masih mempertaruhkan sifu Hans Zimmer selaku pengarah muzik yang pernah terlibat dalam lebih 150 filem termasuk siri ‘Pirates of the Caribbean’ dan trilogi ‘The Dark Night’.

Studio: Walt Disney Studios, Fairview Entertainment

Kosakan dikemaskini

Tarikh tayangan (global): 19 Julai 2019

6. Frozen 2

Filem ‘masterpiece’ Frozen (2013) menampilkan watak yang ikonik serta skor lagu yang menghiburkan. Ianya mencetus fenomena tersendiri serta berjaya meraih kutipan sebanyak USD1.276 bilion.

Nampaknya Disney akan terus memukau anda dalam filem sekuelnya Frozen 2. Mereka menayangkan sebuah teaser yang pasti membuat anda tidak sabar lagi untuk menyaksikan di pawagam bersama anak-anak anda.

Studio: Walt Disney Animation Studios

Kosakan dikemaskini

Tarikh tayangan (global): 22 November 2019

Selain itu, antara filem antarabangsa lain yang akan ditayangkan adalah The LEGO Movie 2 (8 Februari), How to Train Your Dragon 2 (22 Februari), Pokemon (10 Mei), Sonic The Hedgehog (8 November) dan banyak lagi.

Daripada senarai diatas, filem animasi apa yang paling anda nantikan?

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.