Siapa finalis Breakthrough Junior Challenge 2017?

Misi peribadi saya apabila ditugaskan ditempat kerja baharu adalah untuk menghasilkan pelajar dengan video yang mampu muncul sebagai finalist bagi cabaran Breakthrough Junior Challenge .

Walaupun saya amat yakin kepada potensi pelajar yang bakal dibimbing, namun atas bebanan tugas yang tinggi projek ni terpaksa ditangguh.

Untuk makluman, Breakthrough Junior Challenge  merupakan satu cabaran menghasilkan video pendek berdurasi 3 minit menerangkan konsep atau prinsip bagi bidang fizik, matematik atau sains hayat yang sukar.

Cabaran ini menjadi  pelengkap kepada anugerah Breakthrough Prize di Silicon Valley setiap Disember yang dianjurkan oleh Breakthrough Prize Foundation.

Menariknya, cabaran ini menawarkan hadiah yang agak lumayan iaitu biasiswa pendidikan bernilai USD250,000 iaitu kira-kira RM1juta mengikut kadar tukaran semasa.

Guru pembimbing juga akan diberikan geran pendidikan sebanyak USD50,000 dan sekolah akan menerima makmal sains bernilai USD100,000.

Cabaran ini dibiayai oleh  Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan menerusi geran Chan Zuckerberg Initiative. Ianya didokong oleh Khan Academy menerusi pengasasnya sendiri Sal Khan.

Pada tahun lepas pihak penganjur menerima lebih 6000 penyertaan dari 146 negara. Seorang pelajar dari negara jiran kita, Deanna See, Singapura telah memenangi cabaran bersama Antonella Masini dari Peru.

Tahun ini seperti biasa video akan disenarai pendek akan diadili oleh para pemenang Breakthrough Prize  dan juga para tokoh dalam sains, teknologi dan pendidikan.

Cabaran dibuka untuk para remaja berumur 13-18 tahun dari seluruh dunia. Tahun ini separuh daripada finalist adalah rakyat Amarika Syarikat. Rantau asia tenggara diwakili oleh Hillary Diane Andales dari Filipina.

Lihat finalis Breakthrough Junior Challenge 2017

Penyertaan pelajar Malaysia ke pertandingan sebegini haruslah diberi promosi sepatutnya. Ia akan mengalakkan kreativiti pelajar dalam bidang STEM yang mana menjadi agenda dan tumpuan KPM kini.

Saya melihat beberapa inisiatif dari KPM menerusi projek Video STEM KPM dan juga Adiwira STEM dari KRU Studios mampu menjadi pemangkin kepada menyertaan pelajar kita ke pentas antarabangsa.

Manakan tahu, seorang rakyat Malaysia tercalon sebagai finalis bagi cabaran ini sepertimana yang dilakukan Xin Yong dalam Google Science Fair pada tahun lepas.

Terokai Breakthrough Junior Challenge  

 

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.