Flipgrid hadir dengan wajah baharu dengan pelbagai ciri-ciri menarik untuk pembelajaran

Microsoft mengambil alih Fliprid pada Jun 2018 sebagai salah satu usaha memperkasa barisan produk pendidikan mereka. Seterusnya, Flipgrid ditawarkan secara percuma sepenuhnya dan kekal sebagai entiti berasingan.

Hari ini, setelah lebih setahun pasukan pembangun bertukus lumus untuk menyediakan platform yang lebih baik dan stabil, akhirnya Flipgrid versi 8.0 diumum dengan wajah baharu sepenuhnya.

Bagi yang belum mengenali Flipgrid, ia merupakan satu aplikasi pembelajaran berasaskan video yang sedang berkembang pesat. Flipgrid membenarkan pelajar mengekspresi suara dan pandangan mereka secara unik dan kreatif.

Menerusinya, guru dapat membuka topik pembincangan dan pelajar akan memberi maklumbalas menerusi rakaman video klip yang boleh dikustomasi. Ini juga membuatkan pelajar yang pemalu dapat menyuarakan pandangan mereka.

Flipgrid juga sesuai untuk guru melakukan penilaian formatif serta rakaman refleksi pelajar setelah tamat pembelajaran. Selain ciri Augmented Reality (AR), mereka juga mengemaskini sokongan komuniti dengan skala yang lebih besar.

Fligrid mereka bentuk semula antaramuka dengan paparan kandungan serta menu agar lebih mudah untuk digunakan. Mereka juga menyatakan Flipgrid kini membawakan paparan yang lebih ringkas untuk dashboard guru.

Sebahagian daripada Microsoft, Flipgrid mengintergrasi teknologi daripada pemiliknya seperti Microsoft Immersive Reader. Banyak lagi sebenarnya ciri-ciri baharu yang dibawakan. Anda boleh melihatnya sendiri di 👉 http://blog.flipgrid.com/news/launch.

Flipgrid wajah baharu ini dilancarkan serentak untuk semua platform sama ada menerusi aplikasi web mahupun app mulai hari ini. Adakah anda menyukai versi terkini Flipgrid ini?

Terokai Flipgrid

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.