Terlalu banyak kumpulan Telegram? Ini jalan penyelesaiannya

Telegram merupakan satu aplikasi kumpulan sembang yang sangat inovatif dan berkembang pesat. Setiap tiga bulan ada sahaja perkara baharu yang ditawarkan bagi kemudahan pengguna.

Saya masih hairan mengapa ramai kepimpinan organisasi memilih aplikasi Whatsapp sedangkan Telegram merupakan pilihan yang jauh kehadapan dari segi teknolog dan ciri-ciri.

Langkah MKN dan KKM mewujudkan saluran di Telegram merupakan satu petunjuk yang mana Telegram merupakan satu platform yang diyakini.

Ketika di fasa PKM musim COVID-19 ini, banyak kumpulan Telegram mula diwujudkan. Ia bertujuan untuk  memudahkan urusan komunikasi sesuatu kumpulan atau organisasi.

Selain itu, selaku pendidik, anda juga banyak menyertai kumpulan PLC yang kini tumbuh bagai cendawan. Terlalu banyak kumpulan membuatkan anda agak rimas.

Jadi jangan runsing. Telegram 6.0 merupakan jawapan kepada permasalahan ini. Kemaskini terbaru Telegram ini membenarkan pengguna mewujudkan folder secara tab agar lebih mudah diakses.

Video dibawah menerangkan langkah-langkah untuk anda. Jangan lupa untuk SUBSCRIBE saluran kami.

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.