Ini sebenarnya apa yang berlaku pada Friendster (2018)

Tahukah anda Friendster (2002) merupakan satu platform media sosial yang terawal sebelum kehadiran Facebook (2004). Zaman awal ini jugalah wujudnya MySpace (2003) serta Hi5 (2003).

Friendster merupakan laman sosial pertama mencapai 1 juta ahli. Pada 2003, Google dilaporkan pernah menawarkan untuk membeli Friendster pada nilai USD30 juta, namun ianya ditolak.

Masih ingat lagi sewaktu menuntut di USM 10 tahun yang lalu, Friendster merupakan satu platform yang popular dan meriah. Boleh dikatakan setiap pelajar mempunyai akaun Friendster.

Pada 2008, Friendster mencatatkan 115 juta ahli yang kebanyakkannya datang dari Asia. Menawarkan perkhidmatan yang sama, Facebook dan MySpace berkembang dengan sangat pantas membuatkan Friendster mulai tergugat.

Sumber gambar: WIRED

Pada Disember 2009, Friendster telah diambil alih oleh MOL Global pada nilai USD26.4 juta. Untuk pengetahuan, MOL Global dimiliki Tan Sri Vincent Tan dari Malaysia.

Seterusnya, MOL Global telah menukar platform ini kepada platform media sosial untuk permainan online pada Jun 2011 apabila tidak lagi mampu bersaing dengan Facebook.

Pada 14 Jun 2015, Friendster akhirnya menutup perkhidmatannya secara rasmi. Walau bagaimanapun, di halaman rasmi, mereka menyatakan yang mana mereka hanya berehat sebentar dan optimis akan hadir dengan perkara baharu pada masa hadapan.

Penutupan ini berpunca daripada mungkin kerana perkhidmatan mereka tidak lagi menguntungkan serta kurang mendapat sambutan.

Saya baru sahaja cuba mengakses Friendster dengan domain www.friendster.com. Nampaknya alamat ini masih lagi wujud. Apabila diakses, paparan berikut dipaparkan.

Kongsikan pengalaman dan detik indah anda bersama Friendster pada suatu masa dahulu pada ruangan komen dibawah.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.