Fungsi ‘Live Location’ diaktifkan di Telegram dan Whatsapp

Baru-baru ini, dua penyedia perkhidmatan permesejan popular, Telegram dan Whatsapp telah menawarkan satu fungsi yang menarik menerusi kemaskini aplikasi mereka. Fungsi ini mungkin berguna kepada anda sebagai pendidik yang sentiasa mengendalikan aktiviti luar pelajar.

Fungsi ini dikenali sebagai Live Location iaitu elemen tambahan untuk anda berkongsi lokasi anda. Berbeza dengan kaedah perkongsian sebelum ini,  Live Location membolehkan anda berkongsi lokasi anda secara masa nyata (real-time).

Menariknya, kedua-dua platform ini menawarkan pilihan tempoh berkongsi yang sama iaitu 15 minit, 1 jam atau 8 jam.

Saya melihat fungsi ini dapat dimanfaatkan apabila anda mengendalikan aktiviti luar seperti pertandingan atau lawatan sambil belajar yang memerlukan anda memantau pergerakan pelajar. Fungsi ini akan membantu anda menjejaki lokasi semasa pelajar.

Sebagai contoh aplikasi, guru boleh mengarahkan pelajar berkongsi lokasi masa nyata mereka selama 8 jam ketika memberi peluang kepada mereka untuk aktiviti bebas seperti membeli belah. Fungsi ini juga dikatakan berguna jika berlaku hal-hal kecemasan.

Selain itu, guru juga boleh lebih kreatif menggunakan fungsi ini untuk menyelesaikan sebarang cabaran seperti aktiviti Treasure Hunt dan sebagainya. Kemaskini aplikasi anda sekarang untuk mencuba sendiri kecanggihan fungsi ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai Whatsapp Live Location

Ketahui lebih lanjut mengenai Telegram Live Location

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.