Bina aplikasi permainan di GameSalad – Mudah dan pantas

Lebih 65,000 buah permainan dikeluarkan menerusi aplikasi GameSalad membuatkan ianya menjadi salah satu perisian aplikasi pembangun aplikasi permainan popular dunia. Ianya digunakan untuk membangunkan lebih 80 daripada 100 permainan popular di US. Menurut mereka lagi, lebih 750,000 pembangun menggunakan aplikasi ini di 189 buah negara.
Kemahiran membangun permainan komputer sebenarnya memberi banyak manfaat kepada pelajar. Selain menyediakan kemahiran teknikal pengaturcaraan, ia juga menjadikan pelajar lebih kreatif dan mempunyai daya penyelesaian masalah yang baik. Pembelajaran membina permainan amat menyeronokkan dan pastinya mereka akan teruja apabila permainan mereka siap dan dimainkan pula oleh rakan-rakan.
GameSalad yang dahulunya percuma, kini hadir dengan tawaran perisian yang lebih canggih. Mereka kini banyak memberi fokus kepada penyuntingan permainan secara visual dengan teknik seret dan lepas. Antaramuka yang disediakan amat mudah difahami dan saya yakin kanak-kanak seusia 12 tahun pun mampu membangunkan permainan mereka sendiri dengan bimbingan.
Muat turun aplikasi GameSalad Creator
GameSalad Creator  merupakan satu perisian aplikasi yang ditawarkan oleh mereka. Anda perlu mendaftar dahulu sebelum dimuat turun fail pemasangan. Mereka meminta anda memasukkan email sebagai pengesahan akaun sebelum aplikasi ini digunakan.   Seterusnya anda akan diberi 4 hari tempoh percubaan. Setelah tamat tempoh percubaan anda perlu melanggan pakej yang disediakan untuk terus menggunakan aplikasi ini.
Arkib memaparkan pelbagai jenis permainan
Apa yang menariknya aplikasi ini, ia membenarkan anda menerbitkan permainan siap ke kebanyakkan platform popular seperti Windows, MacOS, iOS, Android, WP, PC, Amazon dan banyak lagi. Ia satu aplikasi pembangun permainan yang saya lihat sebagai amat penting wajib dipelajari oleh semua yang berminat dalam industri ini.
Sumber: GameSalad

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.