GarageBand menyambut ulang tahun ke-15

Saya ditugaskan membentuk pasukan orkestra GarageBand di MCKK bersama seorang guru muzik pada 2017. Mungkin itu orkestra GarageBand pertama Malaysia. Boleh jadi.

Mereka yang terdiri daripada pelajar junior dalam Pasukan Orkestra MCKK diberi tugasan ini sebagai satu persembahan khas dalam acara antarabangsa anjuran MCKK dengan tema ‘Future Learning’. Dengan asas yang kuat dalam muzik, cepat sahaja pelajar-pelajar ini melakukan persediaan.

Berpindah ke Pulau Mutiara, saya diminta untuk membantu salah satu agensi untuk menubuhkan pasukan nasyid GarageBand. Jika menjadi kenyataan, mungkin ini juga yang pertama di Malaysia, dan mungkin dunia. Haha, gurau jek…  Namun, projek ini masih lagi menunggu kelulusan bajet.

Bergerak kehadapan, saya bersama salah seorang rakan guru di salah sebuah sekolah di utara tanah air sedang mengusahakan sebuah pasukan GarageBand di sekolahnya. Berdasarkan pertemuan saya dengan pengetuanya pada tahun lepas, beliau menunjukkan kesungguhan yang amat tinggi.

Dilancarkan oleh Steve Jobs pada 2004, GarageBand merupakan satu aplikasi yang menawarkan pelbagai intrumen muzik dari pelbagai latar budaya.  Ianya ditawarkan secara percuma pada Mac, iPad dan iPhone.

Hari ini GarageBand menyambut ulang tahun ke-15 dengan mengucapkan terima kasih kepada pengguna dan peminat aplikasi ini seluruh dunia. Bagi anda yang ingin mendapatkan rujukan untuk menggunakan aplikasi ini, sila muat turun panduan ini di Apple Books.

GarageBand for iOS

GarageBand for Mac

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.