Google Autodraw membantu anda mencantikkan lakaran dengan teknologi ‘machine learning’

Saya mengakui kurang berbakat dalam bidang seni terutamanya lakaran bebas. Pernah juga lakaran di papan putih kelas ditertawa oleh pelajar saya.

Sedar akan kelemahan diri, saya menyertai kelas lakaran bebas Dr. Ruzaimi serta giat berlatih melakar secara digital menggunakan Apple Pencil.

Google menerusi Google Creative Lab meneruskan kecemerlangan inovasi dengan memperkenalkan satu lagi projek experimental Autodraw.

Mereka mengaplikasikan teknologi ‘machine learning’ iaitu satu subset bagi Kecerdasan Buatan (AI) ke dalam sistem ini agar ia dapat menjangkakan apa yang cuba anda lakarkan.

Melalui percubaan saya, tekaan dan telahan yang dibuat terhadap apa yang cuba dilakar memang tepat. Ianya bakal menjimatkan masa para pendidik semasa proses melakar untuk menerangkan konsep atau contoh kepada pelajar di kelas.

Autodraw merupakan satu teknologi yang menarik untuk dicuba. Selepas ini, pelajar perempuan saya tidak boleh lagi mentertawakan saya. Hmmm…

Cuba AutoDraw

Kongsi pengalaman adan menggunakan Autodraw pada ruangan komen di bawah. Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk like laman Facebook kami.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.