Google Classroom kini hadir kepada semua menerusi akaun personal

Google Classroom memberi kelebihan kepada guru mengurus pembelajaran tanpa kertas lantas menjimatkan masa dan tenaga mereka.

Google Classroom diumumkan pada Mei 2014 dan dilancarkan kepada umum pada 12 Ogos tahun yang sama. Ianya mengalami pelbagai kemaskini dari masa ke semasa untuk memberi kelebihan kepada guru mengurus pembelajaran tanpa kertas lantas menjimatkan masa dan tenaga mereka.

Sebelum kemaskini terbaru, Google Classroom memerlukan pakej G Suite for Education untuk digunakan bersamanya. Jika anda mempunyai organisasi dengan domain sendiri seperti anda@organisasianda.edu.my, pakej ini adalah percuma untuk diintergrasikan dengan pelbagai produk menarik dari Google.

Google melihat kepada bertapa pentingnya untuk memberi peluang dan pengalaman menggunakan Google Classroom kepada mereka yang tidak mendaftar dengan intitusi pendidikan.

Sebagai contoh, individu yang bersekolah di rumah, pusat tutor/tuisyen dan mereka yang terlibat dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Dalam kemaskini terbaru, Google menawarkan Classroom kepada semua yang mempunyai akaun Google peribadi. Ini bermakna, dengan akaun anda@gmail.com anda boleh mencipta kelas sendiri atau menyertai kelas.

Dengan pengumuman ini, seterusnya pihak Google meminta anda untuk berkongsi cerita dan pengalaman menggunakan Goole Classroom.

Sumber: https://blog.google/topics/education/google-classroom-now-open-even-more-learners

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.