6 strategi menggunakan Google Earth Engine dalam PdPc

Google Earth Engine merupakan satu alat geo yang amat berkuasa bukan sahaja untuk bidang penyelidikan. Ianya boleh diaplikasi dalam bidang pendidikan di sekolah.

Google Earth Engine combines a multi-petabyte catalog of satellite imagery and geospatial datasets with planetary-scale analysis capabilities and makes it available for scientists, researchers, and developers to detect changes, map trends, and quantify differences on the Earth’s surface

Google Earth Engine menawarkan imej pemetaan yang komprehensif dari sumber pemetaan satelit seluruh dunia. Paparan pemetaan secara time-lapse seperti video di bawah dapat digunakan secara berkesan untuk menarik minat pelajar serta menambah pemahaman mereka menerusi visual yang bersesuaian.

Google Earth Engine menawarkan imej pemetaan dari beberapa misi satelit, keadaan geofizikal sesuatu bentuk mukabumi, perubahan climate dunia, cuaca, serta data-data demografik lain.

Google Earth Engine sangat sesuai digunakan dalam matapelajaran Geografi yang kini ditawarkan kepada pelajar tingkatan 1 hingga 3.  Mari kita lihat strategi-strategi yang boleh digunakan di dalam sesebuah PdPc:

1️⃣ Google Earth Engine sebagai perangsang dalam set induksi

Dalam matapelajaran Geografi, sebagai contoh guru mahu menerangkan mengenai ubanisasi, imej perubahan peta secara time-lapse sesuatu tempat mampu memberi makna berbanding kaedah hanya menunjukkan gambar kesan urbanisasi.

2️⃣ Google Earth Engine sebagai aktiviti / tugasan berkumpulan

Dalam matapelajaran Geografi, pelajar boleh menganalisis maklumat berdasarkan imej pemetaan pada Google Earth Engine. Contohnya, pelajar-pelajar perlu mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil dalam pengurusan sumber untuk kegunaan masa depan. Imej pada Google Earth Engine dianalisis meyokong cadangan-cadangan tersebut.

3️⃣ Google Earth Engine sebagai aktiviti berasaskan projek

Guru boleh melaksanakan pembelajaran berasaskan projek secara jangka panjang dengan mencadangkan beberapa projek berkumpulan bagi tugasan wajib pelajar PT3 dengan menganalisis data daripada Google Earth Engine.

4️⃣ Google Earth Engine sebagai penilaian

Google Earth Engine boleh digunakan sebagai alat penilaian kepada pelajar. Rancang satu soalan yang memerlukan mereka menerokai aplikasi ini. Lihat sejauhmana mereka dapat menerokai aplikasi ini secara kendiri dan melaporkan hasil penerokaan mereka.

5️⃣ Google Earth Engine sebagai alat demontrasi

Google Earth Engine diibaratkan sebagai sebuah atlas atas yang besar, interaktif dan memaparkan imej yang terkini. Guru boleh menggunakan alat ini untuk menerangkan beberapa konsep dalam ilmu Geografi untuk menarik minat mereka. Ianya juga berkuasa memberi pemahaman yang jitu kepada pelajar.

6️⃣ Google Earth Engine merentasi pelbagai subjek

Google Earth Engine boleh digunakan bukan sahaja matapelajaran Geografi. Ianya juga sesuai digunakan dalam pelbagai subjek lain seperti Sains untuk mengajar climate atau populasi.

Dibawah merupakan contoh satu rancangan pengajaran ringkas menggunakan Google Earth Engine

Geospatial Thinking

Seperti yang saya nyatakan di atas, Google Earth Engine sebenarnya dapat digunakan secara kreatif bukan sahaja di dalam matapelajaran Geografi. Ia boleh digunakan merentasi pelbagai mata pelajaran.

Para pengkaji dari University of Southern California dalam Trajectory Magazine mendapati penyelesaian masalah secara Geospatial dapat menggalakkan pemikiran kritik dan kritis.

Geospatial analysis, like other forms of intelligence analysis, requires practitioners to employ critical thinking processes to identify and assess significant data to arrive at a conclusion. 

Sebagai seorang guru Geografi saya merasakan selain Google Earth, Google Earth Engine merupakan satu alat yang perlu anda mahir dalam usaha menyediakan pelajar dengan kemahiran bertemakan big data  dalam IR 4.0.

Terokai Google Earth Engine

Anda mungkin meminati:

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.