Timelapse pada Google Earth Engine kini menyokong paparan tablet dan telefon pintar

‘Earth Engine’ dalam filem fiksyen The Wandering Earth arahan Frant Gwo merupakan satu teknologi yang dibangunkan untuk menggerakkan bumi ke Sistem Alpha Centauri setelah matahari tidak lagi stabil dalam Sistem Suria.

Manakala ‘Earth Engine’ (dalam dunia sebenar) daripada Google merupakan satu alat untuk memantau aktiviti bumi menerusi lensa satelit. Kedua-duanya mempunyai peranan untuk memastikan kelangsungan hidup bumi untuk generasi akan datang.

Google Earth Engine menawarkan set data daripada satelit yang amat berguna dalam bidang penyelidikan dan pendidikan. Salah satu fungsi yang saya gemari adalah Timelapse. Menerusi Timelapse anda boleh melihat paparan satelit sesuatu lokasi dari tahun 80-an sehingga kini.

6 strategi menggunakan Google Earth Engine dalam pendidikan

Hari ini, Google mengumumkan fungsi Timelapse kini menyokong paparan paparan tablet dan juga telefon pintar. Perkembangan ini merupakan satu perkara yang positif memandangkan kebanyakkan akses kepada Internet masa kini adalah dari peranti pintar.

Terokai Earth Engine Timelapse

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.