Google Earth versi baharu dilancar, kini dengan pelbagai ciri menarik

Google Earth  dilancarkan pada 2001 iaitu kira-kira 16 tahun yang lalu. Saya telah menggunakan Google Earth sejak zaman belajar lagi sebagai satu satu sumber pembelajaran mengenali keadaan geografi bumi.

Sempena Earth Day, Google melancarkan Google Earth versi baharu yang menawarkan pelbagai ciri-ciri menarik untuk pengguna. Apa yang menarik Google Earth memperkenalkan fungsi yang menyokong pembelajaran kepada pelajar seperti Voyager dan Knowledge Card.

Kandungan kurasi pengembaraan ini disediakan menerusi kerjasama Google dengan National Geographic Society, PBS Education, HHMI Biointeractive dan Mission Blue.

Teaching with Google Earth - National Geography

Bagi yang baru mengenali Google Earth, ia merupakan satu perkhidmatan memaparkan glob maya yang membolehkan pengguna melihat bumi menerusi paparan satelit dengan resolusi 15 meter sehingga 15 sentimeter.

Perkhidmatan percuma ini membolehkan penguna melakukan carian sesuatu kawasan yang dikehendaki serta boleh mengembara dengan hanya zoom in, zoom out serta drag. 

Pengguna juga dalam melihat paparan menerusi 3 dimensi di tempat tempat terpilih serta melancarkan fungsi popular Google Street View secara terus.

Selain itu diperkenalkan fungsi I’m Feeling Lucky untuk membawa pengguna ke tempat tempat menarik dunia secara rawak.

Google mengumumkan akan memperkasakan Google Earth dengan program Google Earth for Education serta akan memulakan inisiatif penyediaan rancangan pengajaran kepada pendidik dalam usaha membawa Google Earth ke dalam bilik darjah.

Google Earth versi baru ini ditawarkan menerusi aplikasi web, aplikasi pintar (Android & iOS)

Terokai Google Earth

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.