Google Malaysia menjemput anda menyertai Google Earth Outreach for Educators

Seiring dengan  pelancaran Google Earth yang telah diberi nafas baharu, pihak Google mengumumkan akan merancang pelbagai inisiatif kepada dunia pendidikan.

Pada 27 Ogos lalu, saya menyertai Google Earth: Educator Lesson Plan Jam di Google Malaysia. Menerusi bengkel tersebut kami didedahkan dengan pelbagai alat geo menarik untuk pendidikan. Antaranya Google Earth sendiri, Google Earth Engine, Google My Maps, Google Street View, Open Data Kit dan Tour Builder.

Seterusnya, dalam bengkel tersebut kami diberi cabaran dalam bentuk ‘mini hackhaton’ untuk merancang set pengajaran di kelas dalam pelbagai subjek. Daripada sesi pitching dilihat para peserta amat kreatif mengaplikasikan alat geo yang diperkenalkan dalam pengajaran.

Semalam, saya menerima email jemputan daripada Rahayu (Google for Education) menjemput para pendidik Malaysia untuk bengkel seterusnya. Bengkel kali ini mengsasarkan dua kumpulan berbeza iaitu para pendidik dan juga para penyelidik.

Berikut merupakan bengkel yang boleh anda sertai.

Workshop for Educators, 29 Oktober 2017

Workshop for Conservation, 30-31 Oktober 2017

Dapatkan maklumat lanjut di http://malaysia2017.earthoutreach.org. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30 September 2017. 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.