Google Maps kini ke angkasa, terokai planet-planet dalam sistem solar

Google Maps merupakan satu perkhidmatan geo yang begitu inovatif. Fungsi Street View yang diperkenalkan kini telahpun memasuki ruang di dalam Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Tidak cukup sejauh 360 kilometer dari permukaan bumi, Google kini terbang dengan lebih tinggi apabila mengumumkan yang mana dengan Google Maps, pengguna dapat menerokai planet-planet dan bulan dalam sistem suria.

Imej ini diperolehi dari pelbagai sumber. Antaranya daripada prop angkasa Casinni yang mana telah menamatkan misi selama 20 tahun dengan 500,000 imej dalam sistem suria.

Dalam menjayakan misi ini, khidmat artis astronomi Björn Jónsson digunakan dengan kerjasama NASA dan European Space Agency. Hasilnya, imej-imej ini dikumpul dan disusun untuk anda terokai dan nikmati.

Untuk melihatnya di Google Maps, anda hendaklah mengaktifkan paparan satelit terlebih dahulu. Kemudian zoom keluar ke angkasa. Di sebelah kiri anda akan muncul satu tab mengenai kesemua planet dan bulan.

Dengan aplikasi ini, sudah pastinya subjek Sains akan lebih menarik.

Terokai Sistem Solar di Google Maps

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.