Google melancarkan Chromebook Cardboard – kit VR bersaiz besar untuk peranti Chromebook

Kolaborasi bersama pasukan Cardboard, Google membawakan satu aksesori yang amat dinantikan, Cardboard for Chromebook. Kit VR bajet yang pernah dibangunkan pada platform telefon pintar ini hadir dengan saiz yang lebih besar untuk Chromebook.

Ianya dikatakan dapat memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna. Google mengatakan mereka akan hadir dengan maklumat terperinci mengenai spesifikasi Chromebook Cardboard dalam masa terdekat.

Adakah anda memiliki peranti Chromebook dan berminat untuk mendapatkan kit ini?

Berita tersebut merupakan edisi APRIL FOOL daripada Google. =) Senyumm… 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.