Google+ menamatkan perkhidmatannya hari ini untuk kegunaan umum

Google+ muncul pada 2011 ketika Facebook dan pelbagai lagi media sosial menjadi fenomena global. Dengan reputasi Google yang gah ketika itu ramai yang menjangka platform ini bakal berjaya.

Saya menyertai Google+ untuk menyertai kumpulan pendidik Google Educators Group (GEG) yang begitu aktif menggunakan platform tersebut untuk berkongsi mengenai teknologi Google untuk pendidikan.

Saya dimaklumkan, selain platform web, dengan menerbitkan juga kandungan blog di Google+ ianya akan memudahkan engin carian Google mengenali kata kunci seterusnya menaikan reputasi blog dalam algoritma mereka.

Membuka Google+ buat kali terakhir 😋

Setelah 8 tahun, nampaknya Google+ gagal memenuhi objektif utama Google untuk menjadi salah satu perkhidmatan media sosial utama. Dengan itu, Google mengumumkan Google+ ditutup setelah beberapa bulan memberi notis kepada pengguna.

Hari ini, secara rasminya Google menamatkan perkhidmatan Google+ untuk kegunaan umum. Selamat tinggal Google+. Google memaklumkan platform sedia ada mungkin akan dialih untuk digunakan bagi tujuan perusahaan.

Saya membayangkan alangkah baiknya jika Google+ dijadikan satu platform khusus komunikasi dalaman bagi institusi pendidikan yang menggunakan perkhidmatan G-Suite for Education.

Kongsi pengalaman anda bersama Google+ pada ruangan komen dibawah.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.