Google Science Fair 2018 – Dapatkan kit persediaan untuk bimbingan pelajar

Pelajar Malaysia mempunyai kualiti tersendiri untuk diketengah ke peringkat antarabangsa dengan penyertaan pertandingan berimpak tinggi seperti Google Science Fair dan sebagainya.

Xin Yong dari Methodist College Kuala Lumpur pada Google Science Fair edisi 2016 telah diumumkan sebagai salah seorang daripada 15 finalis dari seluruh dunia dengan mempetaruhkan satu projek dalam bidang biologi bertajuk Simple chemiresistor-based alkane sensor to detect lung cancer from the exhaled breath.

Untuk makluman, Google Science Fair merupakan sebuah pertandingan sains dalam talian yang terbuka kepada pelajar seluruh dunia (peringkat antarabangsa) antara umur 13 sehingga 18 tahun.

Ianya diajurkan secara tahunan bermula pada 2011, namun pada 2017 tiada sebarang pertandingan diumumkan.

Dalam edisi lalu, ianya menawarkan hadiah yang amat lumayan iaitu tajaan biasiswa sehingga USD50,000 sebagai hadiah utama daripada Google serta beberapa penaja khas.

Edisi 2018 telah diwar-warkan menerusi laman web rasmi mereka. Cabaran akan bermula sekitar September kelak.

Google telah menyediakan kit persediaan untuk membantu para guru menyediakan para pelajar dengan skil serta kemahiran berasaskan penyelesaian masalah.

Tujuh peringkat disediakan kepada anda menerusi dokumen di Google Drive terdiri daripada pelbagai lembaran aktiviti sebagai bahan sokongan tambahan untuk pembelajaran.

Bimbingan para guru amat penting untuk memandu mereka serta sebagai rangsangan untuk mereka lebih kreatif dan inovatif.

Dengan tempoh yang masih lagi panjang, diharap pelajar kita dapat bersedia dan mampu memberi saingan yang sengit untuk membuktikan semangat ‘Malaysia Boleh”.

Muat turun Kit Persediaan GSF 2018

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.