Dapatkan grafik bertemakan pendidikan secara percuma di Freepik

Jika diselak kembali halaman profil pelajar tingkatan 5 di majalah sekolah saya tahun 2003, tertera cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang pereka bentuk grafik.

Namun, entah mengapa saya memilih bidang pendidikan. Bergelar seorang pendidik, minat mereka bentuk grafik juga diteruskan dengan membantu sekolah dengan beberapa tugasan.

Internet menawarkan pelbagai sumber yang boleh digunakan untuk rekaan grafik digital secara percuma.

Freepik merupakan satu sumber grafik kegemaran saya untuk mendapatkan pelbagai elemen grafik berkualiti untuk sebarang reka bentuk grafik. Ia dicadang oleh salah seorang pelajar saya di sekolah pertama.

Freepik ditubuhkan pada 2010 oleh Alejandro da0n Pablo Blanes bersama Joaquin Cuenca, pengasas Panoramio (kini diambil alih Google).

Menurut mereka, Freepik menawarkan  reka bentuk grafik yang berkualiti tinggi dengan ilustrasi yang eksklusif dan sumber grafik yang dipilih dengan teliti oleh pasukan khas mereka.

Bagaimana untuk mendapatkan grafik bertemakan pendidikan? Pilih sahaja fungsi carian di Freepik dan taip ‘Education‘.

Terokai Freepik

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.