Pengguna iPhone boleh guna app iMovie ini untuk projek video ‘green screen’.

Apa yang saya suka mengenai Apple adalah komitmen mereka yang bukan sahaja menyediakan OS dengan ekosistem terbaik, namun menawarkan juga app-app kreatif percuma untuk pengguna.

Boleh dikatakan iMovie merupakan aplikasi peranti pintar kegemaran saya sepanjang 5 tahun kebelakangan ini. Ianya mudah digunakan untuk menghasilkan video-video yang berbentuk santai juga.

Apabila ramai pendidik sudah mula menghasilkan kandungan sendiri, ada antara mereka mahu menerokai potensi penggunaan teknik komposisi ‘chroma key’ untuk projek video pengajaran mereka.

Ramai pengguna sebenarnya tidak tahu yang mana app kreatif pada iPhone dan juga iPad ini boleh digunakan untuk memenuhi keperluan ada menggunakan layar hijau atau biru.

Jadi, video dibawah saya sediakan sebagai panduan kepada anda. Jangan lupa untuk SUBSCRIBE untuk terus menyokong Cikgu Siber. Terima kasih.

Sokong Cikgu Razif dengan mengundi beliau sebagai #CikguJuaraDigital MDEC di https://bit.ly/3aS5J3t sebelum 14 Mei 2020. Boleh lihat video projek di https://youtu.be/DicoAZ7NwBg. Selamat berpuasa. 

  • Cikgu Razif merupakan pendidik era digital yang gemar berkongsi sumber-sumber pendidikan. Ikuti beliau di IG dengan klik pada gambar beliau dibawah.

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.