Apa seterusnya setelah ‘Hour of Code’?

Saya menjalankan program ‘Hour of Code’ untuk pelajar sejak 2015 lagi.

Sewaktu itu sekolah pertama saya, SMK Sultan Tajul Ariffin terpilih sebagai sekolah rintis program DigitalTech@School dibawah MDEC. Program tersebut kini dijenamakan sebagai My Digital Maker.

Seingat saya dalam ujian literasi digital, sekolah saya – yang mana pelajarnya terdiri daripada pelajar luar bandar dan kebanyakkan pelajar kurang berkemampuan – mencatatkan kedudukan jauh lebih baik berbanding sekolah-sekolah SBP dan sekolah elit.

Ini kerana pelajar-pelajar rintis kami dididik bukan hanya sekadar ‘Hour of Code’.

Kempen ‘Hour of Code’ kembali lagi

KPM & MDEC mengumumkan kempen ‘Hour of Code’ tahun kedua untuk mempromosi literasi digital dan koding bermula dari 16 Julai sehingga 3 Ogos 2018.

Tiada pengumuman inisiatif pada kali ini berbanding kempen 2017 yang menawarkan ganjaran hadiah bernilai RM47,000 keseluruhan.

Untuk menyertai sekolah anda hendaklah melakukan pendaftaran terlebih dahulu.

Setelah ‘Hour of Code’ apa tahap seterusnya?

Saya berpendapat, kempen ini tidak harus terhenti setelah 1 jam cabaran menerusi modul asas yang disediakan semata-mata.

Pihak Hour of Code sendiri menyediakan panduan pelbagai program yang boleh disertai oleh pelajar seperti KODU, App Inventor HOC, Hopscotch dan sebagainya.

Mereka juga menyarankan pelajar untuk mengambil kursus pembelajaran asas koding di Khan Academy, Codecademy dan pelbagai lagi sebagai lanjutan.

Sudah selesai ‘Hour of Code’? Ayuh, uji kemampuan pelajar anda dengan set pembelajaran yang lebih mencabar.

Beyond Hour of Code

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.