Pengalaman membentang mengenai pembangunan komuniti guru ‘ATC iChampion MY’ di Bangkok

Pada 27-28 November, saya bersama beberapa rakan Apple Professional Learning Provider (APLP) dari Malaysia dijemput menyertai satu persidangan Apple Professional Learning Summit (2019 APL Summit) di Bangkok, Thailand. Tarikhnya sangat cantik kerana jatuh pada musim cuti persekolahan.

Persidangan pendidikan ini menghimpunkan jurulatih profesional pendidikan Apple dari seluruh negara Asia Tenggara. Dimaklumkan ini merupakan program perjumpaan pertama pernah dianjurkan. Dikhabarkan program APL Summit ini akan mejadi program tahunan dengan penganjuran di negara Asia Tenggara lain pula.

Kali ini saya diberi peluang untuk membentang mengenai pembangunan komuniti guru Malaysia menerusi ATC iChampion MY. ATC iChampion MY merupakan sekumpulan guru Malaysia yang bergerak mempromosi penggunaan produk dan perkhidmatan Apple untuk manfaat pendidikan.

Petang 26 November saya berlepas menerusi Penang International Airport terus ke Dong Mueong Airport. Seterusnya saya menunggu seorang rakan, Ustaz Syukri Sulaiman untuk sama-sama bergerak ke hotel.

Nasib saya sedikit malang apabila iPhone saya mengalami kegagalan perisian apabila saya cuba menggunakan aplikasi beta. Agak tertekan juga sebenarnya 3 hari tanpa telefon disana. Mengharapkan aplikasi Telegram pada iPad untuk berhubung.

Hari terakhir, kami mempunyai satu sesi kreatif pembinaan video di Apple Store di IconSiam. Saya cuba mendapatkan perkhidmatan sikongan disana, tetapi juruteknik mereka juga tidak boleh berbuat apa-apa.

Saya agak pasrah. Itulah, nak guna lagi perisaan iOS Beta tanpa membuat sandaran. Namun begitu, saya memperolehi satu pengalaman unik apabila mengalami sendiri sistem pengurusan pelanggan di Apple Store.

Baiklah, apa yang saya dapat belajar daripada penyertaan saya dalam program ini?

  1. Menyertai inisiatif pendidikan seperti ini menyediakan peluang kepada para guru untuk berkongsi dan bertukar idea serta amalan baik pendidikan.
  2. Memahami budaya pendidikan di negara-negara lain Asia Tenggara. Kita sebenarnya berkongsi banyak persamaan.
  3. Bertemu dengan ramai orang terutamannya rakan-rakan antarabangsa membuka peluang kolaborasi merentasi sempadan.
APL Summit pertama
Perkongsian dari para pembentang
Ole-ole istimewa daripada Apple
Antara salah satu aktiviti
Di Apple Store Bangkok untuk satu sesi khas
Suasana di bilik persidangan
Sesi pembentangan saya
Rakan-rakan kumpulan saya
Berkunjung ke Apple Store Bangkok
Pelancaran Honda City baharu. Kereta ni paling ‘hot’ dalam banyak-banyak kereta yang dipertontonkan.
Oleh kerana penerbangan lambat lagi, sempat la singgah ke Bangkok Auto Show. Pemandu Grab bertanya, “Kamu nak tengok kereta ka, tengok amoi.. ” =)

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.