iBooks bakal dijenamakan kepada Apple Books menerusi iOS12

Menjadi kebiasaan untuk saya mencuba iOS terkini versi percubaan pada peranti iPad.

Versi beta akan ditawarkan terlebih dahulu kepada para pembangun ataupun siapa yang berminat untuk menguji sebelum versi stabil ditawarkan kepada umum.

Saya agak terkejut apabila saya mencuba iOS 11.4 beta 3, salah satu aplikasi buku interaktif oleh Apple iaitu iBooks hanya diberi nama Books.

Sebelum ini telah wujud rumor yang mengatakan wajah baru iBooks akan hadir dalam kemaskian terbaharu iOS. Namun, melihat aplikasi ini dengan nama Books dengan perubahan yang minima pada iOS11 membuatkan saya tertanya-tanya adakah ianya satu kesilapan.

Seterusnya, dalam beta 4 dan seterusnya Apple menukar nama Books kembali kepada iBooks semula. Versi stabil 11.4 kemudian dilancarkan dan nama iBooks terus kekal.

Apple Books pada iOS 12

Semalam menerusi WWDC18, Apple mengumumkan iBooks bakal dijenama kepada Apple Books. Ianya akan mula ditawarkan pada September, selalunya setelah tamat acara khas pelancaran barisan gajet terbaru seperti iPhone dan iPad.

Bagi yang tidak mengenali iBooks, ia merupakan satu aplikasi buku interaktif yang menawarkan kandungan berbayar dan percuma menerusi gedung iTunes Store.

iBooks membolehkan pembangun kandungan mengintegrasikan pelbagai elemen seperti audio, video, slaid serta elemen interaktiviti seperti kuiz, simulasi 3D, animasi dan sebagainya bersama teks pada buku digital.

Selain sokongan lebh baik untuk audiobook, Apple Books dilaporkan akan membawa antaramuka yang baru dan lebih intuitif. Sudah pasti mereka akan menawarkan ciri-ciri baharu yang akan membawa era buku digital selangkah kehadapan.

Kenali iBooks

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.