[Selamat Hari Raya] Ini iklan raya pilihan saya untuk 2019

Selamat Hari Raya kepada sahabat-sahabat Muslim. Ragam rakyat kita puasa sebulan, raya pun nak sebulan juga. Saya menghabiskan minggu perayaan dengan mengurangkan aktiviti secara dalam talian hampir 100%. Bak kata pepatah Mat Saleh “Sometimes we have to disconnect, to make a connection”. Haha, gitu.

Zaman saya membesar, iklan raya dari Petronas dan TNB lah yang paling ditunggu-tunggu. Kini, kebanyakkan syarikat korporat dan GLC akan menggunakan strategi pengiklanan pada musim perayaan untuk menyampaikan pesanan kepada masyarakat disamping mewujudkan kesedaran terhadap jenama mereka.

Tahun 2019, kebanyakkan penerbit hanya memaparkan ‘teaser’ sahaja di kaca televisyen. Nak tengok versi penuh kena la buka Youtube. Portal teknologi Soya Cincau menyenaraikan 28 koleksi iklan raya 2019 dari pelbagai jenama terkemuka. Dalam senarai ini, terdapat tiga karya yang menjadi pilihan saya untuk musim perayaan kali ini.

Pertama, paparan video oleh RHB Group berjudul ‘Ketepikan Segala Perbezaan’. Cerita ini diadaptasi daripada kisah sebenar Cikgu Orked yang pernah tular suatu masa dahulu. Ia memaparkan bagaimana usaha beliau mendekati salah seorang pelajar beliau yang disifatkan rakan lain sebagai ‘pelik’.

Pilihan seterusnya adalah video terbitan TNB yang berjudul ‘Konvoi Epik Fantastik’. Masih ingat tak lagi ‘Rumah Epik Fantastik’ tahun lalu? Kali ini TNB memaparkan satu sketsa menifestasi kepada budaya kunjung mengunjung saudara mara pada musim perayaan pula. Ianya dipersembahkan dengan cara yang begitu menghiburkan. Memang terbaik.

Pilihan saya yang terakhir adalah kisah ‘Atok Gamer’ dari TM. Ia mengisahkan Atok yang berusaha menjadi seorang ‘gamer’ untuk mendekati cucunya yang meminati permainan dalam talian. Kisah yang menarik, namun harap-harap Si Atuk janganlah sampai tahap ketagihan ye. Kesian nenek tu nanti.

Banyak lagi iklan-iklan yang menarik sebenarnya. Bagi saya iklan-iklan raya tahun ini memaparkan peningkatan kualiti dari segi teknikal dan pengisian. Apa pula pilihan anda? Sila tinggalkan pada ruangan komen dibawah.

Salam lebaran.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.