Ini guru-guru penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019

Sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan, McDonald’s Malaysia memberikan baucar hidangan percuma kepada lebih 420,000 guru di Malaysia.

Secara keseluruhan, hidangan percuma yang diberikan kepada para guru dianggarkan bernilai RM4.5 juta. Difahamkan baucer-baucer ini telah diedarkan ke sekolah-sekolah menerusi PPD.

Meneruskan program penghargaan guru, mereka dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan menganjurkan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019.

Penyampaian hadiah telah berlangsung sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan yang lalu di SPICE Arena, Pulau Pinang. Acara disempunakan oleh Datuk Dr Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

Menurut McDonald’s Malaysia, Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 yang memasuki tahun ketiga pelaksanaannya ini menerima lebih 7,500 pencalonan daripada orang ramai antara 1 hingga 31 Mac 2019.

Dari jumlah pencalonan yang diterima ini, 25 orang guru telah dipilih sebagai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s yang telah memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar mereka.

Setiap 25 guru pilihan ini menerima RM5,000 sebagai ganjaran manakala guru yang tercalon akan menerima baucer McDonald’s bernilai RM200. Mari kita lihat video penghargaan yang diterbitkan.

Sumber: McD Malaysia Official

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.