Lihat inisiatif-inisiatif kami untuk para pendidik

Kami bermula pada awal 2015 dengan misi untuk mentransformasi dunia pendidikan Malaysia menerusi penggunaan teknologi.

Dalam zaman yang semakin bergerak pantas, kami yakin dan percaya para pendidik perlu disediakan dengan kemahiran yang diperlukan untuk mereka menempuhi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0.

Latihan Percuma dan Jalinan Kerjasama

Untuk merealisasi cikgusiber.com, kami memberi fokus kepada latihan secara percuma kepada para pendidik.

Namun begitu, sebagai permulaan terdapat beberapa program kami mengenai sedikit yuran untuk kami menampung pelbagai kos.

Untuk memastikan kami dapat memberi kandungan terbaik kepada para pendidik, kami menjalankan pelbagai jalinan kerjasama.

Sebagai contoh, projek DevCon: Cikgu Edition dijalankan menerusi kerjasama dengan komuniti pengiat digital Malaysia yang seringkali memberi latihan secara percuma.

Projek ini menyediakan sokongan latihan teknologi dan ilmu Sains Komputer kepada para pendidik bagi menyokong inisiatif #mydigitalmaker serta implementasi mata pelajaran Sains Komputer di sekolah.

Apple memiliki rangkaian produk terbaik untuk pendidikan. Di Malaysia, mereka sangat aktif menerusi bahagian Apple Education.

Apa yang menarik mengenai Apple Education adalah kepakaran mereka untuk menggabungjalin teknologi dan pedagogi untuk memberi impak maksima.

Oleh itu, kami wujudkan ATC-iChampion MY untuk para pendidik mengambil manfaat daripada inisiatif yang mereka sediakan.

Projek C.E.L.I.K pula (yang akan bermula pada awal 2019) dirancang untuk memberi inspirasi kepada para pendidik mengenai kaedah praktikal dan produktif penggunaan teknologi di sekolah.

Seterusnya, kami mempunyai satu projek yang unik iaitu MyEduBlog Community. Ianya merupakan satu inisiatif untuk mengumpul para pendidik advokasi bagi memantapkan lagi usaha penyebaran kandungan perkongsian bertemakan pendidikan.

Berikut merupakan keempat-empat inisiatif kami untuk memacu dunia pendidikan Malaysia.

1. Projek C.E.L.I.K

Tawaran bengkel teknologi digital dalam pendidikan percuma. Fokus kepada golongan ‘imigran teknologi’ yang percaya diri mereka ZERO dan ingin menerokai potensi teknologi untuk menjadi HERO. Projek C.E.L.I.K. akan bermula pada awal 2019.

Sertai bengkel Sibergogi 1.0 (Telegram)

2. ATC iChampion MY

ATC iChampion MY merupakan komuniti guru Malaysia pengguna produk Apple untuk pendidikan. Fokus kepada pembentukan komuniti, advokasi dan bengkel percuma menerusi kerjasama dengan unit Apple Education.

Kumpulan ini digerakkan oleh komuniti dan tidak ada kena-mengena dengan operasi rasmi Apple (Malaysia) atau Apple Inc.

Sertai ATC iChampion MY (Telegram)

3. DevCon : Cikgu Edition

DevCon merupakan salah satu komuniti pengiat industri digital Malaysia yang aktif menjalankan pelbagai aktiviti berbentuk latihan teknologi secara percuma.

DevCon: Cikgu Edition pula dibentuk untuk menyokong guru menempuhi IR 4.0 dengan fokus kepada latihan percuma dan sokongan pembelajaran bertemakan teknologi, penyelesaian masalah, pengaturcaraan dan Sains Komputer.

Sertai DevCon: Cikgu Edition (Telegram)
Laman Fb DevCon

4. MyEduBlog Community

Komuniti blogger pendidikan terbesar Malaysia. MyEduBlog Community juga menyokong serta membimbing para pendidik yang ingin memiliki blog advokasi mereka sendiri.

Sertai pelbagai aktiviti seperti bengkel dan sesi perkongsian untuk meningkatkan lagi kemahiran para guru dalam bidang penulisan digital.

Sekitar MyEduBlog Meetup #1 pada 19-20 Mac 2018

Sertai komuniti My Edublog (Telegram) 

Seiring dengan inisiatif-inisiatif diatas, kami juga merancang untuk membangunkan sebuah pusat latihan dan inovasi komuniti dalam bidang teknologi dalam pendidikan untuk para pendidik Malaysia.

Kami juga mengalu-alukan sebarang penajaan serta menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak. Terima kasih kerana terus menyokong cikgusiber.com.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.