Inisiatif-inisiatif kami untuk pendidikan

Projek C.E.L.I.K

Tawaran bengkel teknologi digital dalam pendidikan percuma menerusi tajaan. Fokus kepada golongan ‘imigran teknologi’ yang percaya diri mereka ZERO dan ingin menerokai potensi teknologi untuk menjadi HERO. Projek C.E.L.I.K. akan bermula Januari 2020.

Ikuti perkembangan

ATC iChampion MY

ATC iChampion MY merupakan komuniti guru pengguna produk dan perkhidmatan Apple untuk pendidikan di Malaysia. Fokus kepada pembentukan komuniti, advokasi dan bengkel percuma menerusi kerjasama dengan pelbagai pihak.

Kumpulan ini digerakkan oleh komuniti dan tidak ada kena-mengena dengan operasi rasmi Apple atau Apple Education.

Sertai ATC iChampion MY

DevCon : Cikgu Edition

DevCon merupakan salah satu komuniti pengiat industri digital Malaysia yang aktif menjalankan pelbagai aktiviti berbentuk latihan teknologi secara percuma.

DevCon: Cikgu Edition pula merupakan sub yang dibentuk untuk menyokong guru menempuhi IR 4.0 dengan fokus kepada latihan percuma dan sokongan pembelajaran bertemakan penyelesaian masalah, pengaturcaraan dan Sains Komputer.

Sertai DevCon: CE (Telegram)
Laman Fb DevCon

MyEduBlog Community

Komuniti blogger pendidikan terbesar Malaysia MyEduBlog Community ini menyokong serta membimbing para pendidik yang ingin memiliki blog advokasi mereka sendiri.

Sertai pelbagai aktiviti seperti bengkel dan sesi perkongsian untuk meningkatkan lagi kemahiran para guru dalam bidang penulisan secara digital.

Sekitar MyEduBlog Meetup #1 pada 19-20 Mac 2018

Sertai My Edublog (Telegram)