Padlet- Satu alat pembelajaran yang harus anda cuba tahun ini

Padlet bukanlah satu aplikasi baru, saya sendiri telah menggunakan sejak tahun 2013 lagi. Ia merupakan satu aplikasi pembangunan kandungan web boleh kostumasi berasaskan teknologi HTML5. Padlet boleh digunakan sebagai satu teknologi yang menyeronokkan di dalam kelas anda.

Pelajar mungkin boleh menggunakan aplikasi ini untuk kurasi kandungan, berkolaborasi, dan juga melakukan showcase bagi sesuatu projek, kerja kursus dan sebagainya.

TEROKAI PADLET

Aplikasi ini amat sesuai digunakan untuk merekabentuk laman pembelajaran yang inovatif dengan mudah dan pantas. Mungkin anda mempunyai idea yang menarik bagaimana untuk memanfaatkan Padlet ini dalam pembelajaran anda.

Dibawah merupakan laman sumber pembelajaran yang saya bina hanya tidak sampai 1 jam.  Ianya boleh dikongsi dengan semua pengguna menerusi pautan, benaman mahupun laman sosial. Ayuh, bina padlet anda sekarang!

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.