iOS 11 sedia dimuat turun, hadir bersama kemaskinian Apple Classroom dan Swift Playgrounds

Apa yang menarik mengenai Apple dan ekosistemnya adalah sokongan perisian kepada peranti keluaran mereka. iOS 11 yang dipertontonkan pada WWDC 2017  telah ditawarkan mulai hari ini.

iOS 11 bukan sahaja menyokong peranti terkini, malah peranti yang telah berusia pun dapat menikmati ciri-ciri terbaru mereka. iPhone 5S dilancarkan pada September 2013. Pada 2017, golongan ini masih boleh menikmati iOS terkini, perkara yang tidak berlaku pada peranti-peranti dikuasai Android.

Seminggu selepas pelancaran iPhone 8, iPhone X, Apple Watch Series 3 serta Apple TV 4K+HDR di Apple Special Event baru-baru ini, Apple dilihat bukan sahaja menawarkan iOS 11 semata-mata. Mereka hadir dengan beberapa kemaskini aplikasi utama mereka terutamanya aplikasi untuk pendidikan.

Disini saya senaraikan 3 perkara menarik menerusi kemaskinian yang ditawarkan.

iPad yang lebih produktif

Apple mempromosikan iPad sebagai peranti yang mampu melakukan tugasan untuk produktiviti. Fungsi drag and drop memang sudah lama saya ‘idamkan’ dan pernah berharap hadir dalam kemaskini iOS 10 menerusi pengenalan iPad Pro.

iPad dikatakan sebagai peranti yang mampu mengantikan tugasan PC bagi tugasan-tugasan ringan, namun iOS 10 mempunyai banyak limitasi terhadap kerja-kerja untuk produktiviti.

Akhirnya, tahun ini iOS 11 diperkenalkan lantas mebawakan beberapa perubahan kepada iPad dan iPad Pro. Fungsi multitasking (yang dipertingkat) serta drag and drop  menjadikan tugasan di iPad lebih mudah terutamanya menggunakan aplikasi pejabat dan kreatif.

Fungsi baharu dock yang seakan dock pada macOS boleh diakses merentasi aplikasi juga menjadikan iPad lebih berkuasa. Kelebihan diberikan kepada iPad Pro generasi baru (2017) kerana peranti ini dilengkapi muatan RAM sebesar 4GB yang membolehkan mereka melakukan fungsi spit view dan slide over dengan lebih baik.

Aplikasi Files yang ditawarkan memudahkan anda mengintergasi pelbagai storan awan padanya. Ia juga menguruskan fail aplikasi dari Apple dengan baik. Ianya merupakan aplikasi yang amat menarik serta melonjakkan iOS setapak ke hadapan.

Ketahui lebih lanjut mengenai iOS 11 

Apple Classroom diperkemas dengan versi 2.1

Jangan terkeliru, Apple Classroom bukanlah seperti Google Classroom yang digunakan sebagai aplikasi pengurusan pembelajaran. Apple Classroom merupakan satu sistem untuk mengawal segala aktiviti iPad pelajar di satu kelas fizikal. Ianya membuatkan kelas lebih fokus kepada pembelajaran serta membantu guru mengendali kelas dengan lebih berkesan.

Dengan aplikasi Apple Classroom, guru dengan iPadnya dapat mengawal kesemua peranti iPad pelajar dengan beberapa fungsi menarik seperti hanya membenarkan aplikasi tertentu dilancar, mengunci atau ‘mendiamkan’ iPad pelajar, berkongsi pautan dan juga memantau segala aktiviti skrin pelajar secara langsung.

Kawalan oleh guru hanya berlaku ketika sesi kelas. Selepas kelas pelajar bebas menikmati iPad mereka.

Salah satu daripada beberapa fungsi baru hadir iaitu Summary View. Ianya akan memaparkan keseluruhan rumusan aktiviti kelas pada akhir pembelajaran. Guru dapat melihat senarai pelajar dengan app-app yang dibuka pelajar serta berapa lama ia dibuka sepanjang kelas.

Dengan Summary View juga, guru juga boleh melihat senarai pelajar yang berkongsi dokumen dan juga pautan laman web. Maklumbalas ini penting bagi guru untuk mendapatkan maklumat penting aktiviti pembelajaran sepanjang kelas berlangsung. Maklumat ini boleh digunakan untuk melihat gaya pembelajaran digital mereka.

Muat turun Apple Classroom
Classroom Help

Swift Playgrounds yang menyokong AR

Swift Playgrounds merupakan aplikasi kegemaran saya tahun ini. Ianya ditawarkan secara percuma di platform iPad sahaja.

Aplikasi Swift Playgrounds menjadi pilihan alternatif saya untuk mengajar bab kod arahan selain Scratch dalam matapelajaran Asas Sains Komputer Tingkatan 1 kerana kandungannya terbukti membantu pelajar memahami asas pengaturcaraan dengan lebih jelas.

Menerusi Swift Playgrounds pelajar akan belajar bahasa pengaturcaraan sebenar iaitu Swift. Ia merupakan pendedahkan yang baik sebelum mereka beralih kepada Xcode untuk membangunkan aplikasi pintar mereka sendiri.

Bagi saja Xcode dan Swift merupakan ekosistem pembangunan perisian yang disokong dengan pelbagai ciri-ciri menarik untuk memudahkan pembelajaran oleh Apple.

Mengenai Swift Playgrounds, menariknya dalam versi 1.6, pengguna kini dapat menikmati cabaran Augmented Reality dibina menerusi AR Kit untuk iOS 11. Berita awal yang kami terima untuk fungsi AR ianya diaktifkan untuk iPad Pro dan iPad (2017) sahaja.

Pengguna juga kini dibenarkan mengakses fungsi kamera. Mereka juga boleh memanfaatkan iOS 11 SDK yang dikuasakan Swift 4, iaitu versi terkini Swift. Selain itu, fungsi lainnya sebarang Errors dalam kod arahan dijelaskan dengan lebih terperinci.

Everyone Can Code
Muat turun Swift Playgrounds

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.