Apple melancarkan iPad dengan sokongan Apple Pencil di acara khas untuk pendidikan

Hari ini di Chicago, Amerika Syarikat baru sahaja selesai satu acara khas Apple untuk pendidikan.

Seperti dijangka, Apple akhirnya hadir dengan iPad baharu (generasi keenam) yang menyokong Apple Pencil seumpama iPad Pro. Ianya dikuasakan dengan cip A10 Fusion dan sensor kamera baharu yang mana menyokong fungsi AR dengan lebih baik.

Semakan di laman Apple, iPad 2018 versi Wi-Fi 32GB ditawarkan pada harga RM1,449, manakala Apple Pencil pula dijual dengan harga RM419 (harga lama masih tidak berubah).

Namun, Apple menawarkan harga diskaun yang agak besar untuk institusi pendidikan bagi iPad ini. Saya akan siarkan satu catatan berkenaan cara untuk para guru dan pelajar untuk dapatkan diskaun pendidikan nanti.

Selain iPad, Apple memperkenalkan beberapa sokongan perisian yang akan meningkatkan produktiviti sesebuah iPad.

Berikut merupakan tawaran menarik lain yang turut hadir bersama:

  • Pengenalan Logitech Crayon sebagai ‘Apple Pencil versi mampu milik’.
  • 200GB percuma simpanan iCloud untuk pendidikan.
  • Mengumumkan App Store kini mempunyai 200,000 app untuk pendidikan.

  • Versi baharu Apple iWork (Pages, Numbers dan Keynote) yang menyokong Apple Pencil.
  • Smart Annotation pada Pages.
  • Aplikasi membina buku digital iBooks, iBooks Author kini di iPad menerusi Pages.
  • Kemaskini Apple School Manager.
  • Kemaskini aplikasi Apple Clips dan Apple GarageBand.
  • Aplikasi Apple Classroom hadir ke platform Mac (mulai Jun).

  • Pengenalan aplikasi pengurusan pembelajaran baharu, Apple Schoolwork (boleh didapati mulai Jun).
  • ClassKit, API untuk para pembangun untuk membangunkan aplikasi untuk pendidikan.
  • Inisiatif Everyone Can Code diperkasa.

  • Pengenalan inisiatif baharu Everyone Can Create – fokus kepada kreativiti menerusi muzik, video, fotografi dan lakaran.
  • Bakal memperluas program Apple Teacher.

 

Kenali Apple iPad 2018 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.