iPad 2019 diumumkan – dengan saiz skrin 10.2 inci serta fungsi ‘smart connector’

Kali pertama dalam hidup sejak 5 tahun lepas saya terlepas acara khas Apple ini secara langsung. Ini gara-gara terlalu penat apabila ditugaskan untuk mengendalikan bengkel kreativiti iPad di Straits Hotel & Suites, Melaka melibatkan 40 orang guru selama 3 hari berturut turut bermula 10 September. Acara khas Apple berlangsung pada 11 September, jam 1 pagi.

Ya, iPad merupakan senjata utama Apple untuk menawan dunia pendidikan. Oleh sebab itu, harga menjadi faktor penting. Pada acara khas Apple bersama pelancaran barisan iPhone baharu, kemaskini Apple Watch serta beberapa perkhidmatan lain, Apple mengumumkan juga iPad sebagai model kemaskini kepada model iPad tahun lalu.

Mereka menggunakan pemprosesan yang sama dengan generasi sebelum ini iaitu A10. Ini mungkin untuk menjimat kos agar boleh ditawarkan dengan harga mampu milik. Saya mengharapkan sekurang-kurang A11.

Apple meningkatkan saiz skrin dari 9.7 inci kepada 10.2 inci serta memberi fungsi ‘smart connector’.Smart connector‘ membolehkan iPad dihubungkan papan kekunci dengan iPad secara sentuhan fizikal tanpa lagi melibatkan pautan pada Bluetooth. Penambahan saiz skrin pula memberi pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Seperti iPad 2018, iPad kali ini masih menyokong Apple Pencil generasi pertama. Namun, saya agak sedikit kecewa apabila Apple masih mengekalkan port lightning tatkala banyak pengeluar lain sudah lama menawarkan USB-C. Keputusan ini mungkin terpaksa dibuat Apple memandangkan Apple Pencil generasi pertama masih menggunakan format pengecasan menerusi lightning.

iPad generasi ke-7 ini masih kekal menawarkan harga mampu milik iaitu bermula RM1,449. Harga akan lebih murah dengan tawaran harga untuk pendidikan. Untuk pengalaman yang lebih baik untuk kreativiti saya mencadangkan anda mendapatkan bersama Apple Pencil yang dijual berasingan berharga RM419.

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.