Sertai bengkel ‘GarageBand for Educators’ pada 28-29 November 2018

ATC iChampion MY akan menganjurkan satu bengkel GarageBand for Educators pada 28 hingga 29 November 2018 (Rabu & Khamis) di KL/Putrajaya/Cyberjaya (lokasi tepat akan diumumkan).

Bengkel akan memberi fokus kepada aspek kemahiran penggunaan aplikasi Apple GarageBand pada iPad serta bagaimana cara untuk mewujudkan pasukan iPad GarageBand di sekolah.

Selain itu, diajar juga kemahiran teknikal peralatan untuk sesebuah persembahan ‘live’ iPad GarageBand.

Siapa yang perlu menyertai:

1. Guru muzik / berkemahiran muzik

2. Guru penyelaras GarageBand sekolah

3. Guru yang tiada kemahiran muzik namun berminat untuk belajar GarageBand

Tempat terbuka kepada 20 tempat sahaja. Daftar minat sekarang dan kami akan memaklumkan maklumat lanjut mengenai program terus ke peti email.

Maklumat lanjut atau pertanyaan boleh ajukan kepada saya menerusi email ke razif[at]cikgusiber.com

Sumber grafik: Apple Education

TENTATIF *

28 November 2018 (Rabu)


8.00 am - Pendaftaran


9.00 am - Slot 1 (Ice-breaker)


10.00 am - Minum pagi


10.30 am - Slot 2


12.45 pm - Makan tengah hari / Interaksi


2.30 pm - Slot 3


5.00 pm - Tamat hari 1



29 November 2018 (Khamis)


8.00 am - Minum pagi


8.30 am - Slot 4


10.00 am - Rehat / Interaksi


10.30 am - Slot 5


12.30 pm - Makan / Interaksi
2.00 pm - Slot 6


3.45 pm - Persembahan setiap kumpulan


5.00 pm - Sesi bergambar dan program tamat



* Tertakluk kepada perubahan

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.