“Akhirnya, ini peranti sempurna untuk cikgu…”

Seorang rakan guru bertanya saya, “Apakah iPad yang bagus untuk beliau gunakan dalam PdPc?”. Terus saya menjawab, “Ianya sebuah iPad Pro…”, tanpa ragu-ragu. “Mengapa?”. Tanyanya lagi. Pertanyaan ini akan saya ulas dalam catatan yang lain.

iPad pertama saya adalah iPad Pro generasi pertama, dibeli secara tidak sengaja. Semalam, tanpa sebarang acara pelancaran, Apple mengumumkan iPad Pro generasi ke-4 bersama MacBook Air dan Mac Mini yang dikemaskini.

Apple sebenarnya merancang untuk melancarkan iPad Pro baharu pada bulan ini dalam satu acara khas di Cupertino. Tetapi ianya terpaksa dibatalkan akibat penularan COVID-19 yang kian buruk.

iPad vs iPad Pro

Bagi yang belum mengenali apa itu iPad Pro, ia merupakan satu variasi iPad yang dikhususkan untuk kegunaan industri kreatif. Pro boleh dikatakan merujuk kepada ‘profesional’ atau ‘pro user’.

Teknologi yang digunakan pada iPad Pro adalah berbeza dengan iPad biasa. Teknologi yang begitu ketara adalah pada kuasa cip pemprosesan, kamera dan juga teknologi skrinnya.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah harga iPad Pro adalah dua kali ganda daripada harga iPad biasa. Mari lihat video promo dibawah iaitu iPad Pro generasi ke-4 yang baru dilancarkan.

Magic Keyboard untuk iPad Pro

Kata kunci utama merujuk kepada pelancaran iPad baharu ini adalah ‘Magic Keyboard’. Ramai pengulas teknologi memberi respon yang pelbagai kepada aksesori ini. Ia begitu unik dan tidak pula murah.

Mungkin anda tidak tahu, Apple memiliki kepakaran ‘teknologi ensel’ yang hebat diimplementasi pada barisan produk mereka yang lain. Oleh itu, rekaan ‘floating‘ sebegitu tidak mustahil untuk dihasilkan.

Apple juga menawarkan ‘feel‘ menaip sebenar apabila papan kekunci baharu ini berkongsi ‘DNA’ yang sama seperti MacBook Pro 16 inci. Satu lagi, Apple kali ini menjadikan iPad sebuah ‘komputer sebenar’ dengan pengenalan trackpad.

Tentu anda hairan dengan penggunaan pointer atau cursor pada iPad. Apple mengatakan mereka telah mereka semula cara cursor beroperasi pada iPadOS dengan kemaskini iPadOS 13.4 kelak.

Melihatnya sahaja, tentu anda meragui akan ‘kekukuhan’ Magic Keyboard ini kan.

Harga iPad Pro 2020

iPad Pro 2020 11 inci (versi permulaan 128GB Wi-Fi) ditawarkan pada harga RM3,499 manakala 12.9 inci pada harga RM4,399. iPad Pro bukanlah iPad Pro tanpa Apple Pencil. Jadi anda perlu menambah RM549.

Tunggu, anda tentu mahu mengantikan laptop anda dengan penggunaan iPad Pro sepenuhnya. Jadi, apa kata cuba Magic Keyboard baharu pada harga RM1,349 bagi 11 inci atau RM1,549 bagi 12.9 inci.

Dua saiz ditawarkan sepertimana iPad Pro 2018

Magic Keyboard menawarkan keyboad dengan sokongan trackpad. Jika terlalu mahal dan ia bukan satu keperluan, dapatkan sahaja Smart Keyboard Folio pada harga RM769 untuk 11 inci atau RM869 untuk 12.9 inci.

Dibawah saya senaraikan harga bagi padanan iPad Pro pilihan anda:

1. iPad Pro 2020 11 inci (Wi-Fi 128GB) +  Pencil + Smart Keyboard Folio = RM4,817

2. iPad Pro 2020 11 inci (Wi-Fi 128GB) +  Pencil + Magic Keyboard = RM5,397

3. iPad Pro 2020 12.9 inci (Wi-Fi 128GB) +  Pencil + Smart Keyboard Folio = RM5,817

4. iPad Pro 2020 12.9 inci (Wi-Fi 128GB) +  Pencil + Magic Keyboard = RM6,497

Gunakan kelebihan anda sebagai pendidik untuk pembelian pada harga istimewa pendidikan. Sebagai penjawat awam, anda juga diberi kemudahan pinjaman komputer untuk memudahkan pemilikan peranti ini pada pembiayaan maksimum RM5,000.

Anda boleh mendapatkan diskaun pendidikan sebanyak RM220* bagi iPad Pro model 11 inci dan RM450* bagi 12.9 inci.

Pesaing iPad Pro

Pesaing terdekat bagi iPad Pro model terkini ini adalah Surface Pro 7 dan Surface Pro X daripada Microsoft. Kedua-duanya dilancar pada November 2019 dan mula dijual di Malaysia pada pertengahan Januari 2020.

Sebagai perbandingan, Surface Pro 7 (Intel i5/8GB/128GB) dijual pada harga RM3,699*, manakala Surface Pro X (SQ1/8GB/128GB) dijual pada harga RM4,599*.

Harga ini tidak termasuk Surface Slim Pen/Surface Pen dan Surface Keyboard yang kedua-duanya memerlukan anda menambah sebanyak RM1,219* lagi untuk Pro X atau RM878* untuk Pro 7.

Nota: * Harga-harga yang dinyatakan diatas setelah semakan dilakukan di laman web jurujual bertauliah Microsoft terpilih pada hari catatan ini ditulis. Harganya mungkin akan berbeza atas pelbagai faktor.

Ianya diluar bajet saya. Apa alternatif yang ada?

Sebenarnya ramai yang terkejut, iPad Pro yang ditawarkan pada tahun ini masih mengekalkan tanda harga permulaan yang sama dengan model terdahulu. Tetapi, kali ini tiada lagi pilihan storan 64GB seperti iPad Pro 2018.

Storan bermula dengan 128GB dan tertinggi 1TB. iPad Pro terkini juga menawarkan RAM sebesar 6GB iaitu 2GB lebih tinggi bagi model terdahulu. RAM yang besar amat penting untuk kerja-kerja multi-tasking.

Jika saiz RAM, kuasa perprosesan tambahan dan modul kamera baharu tidak menjadi masalah buat anda, dapatkan sahaja iPad Pro 2018. iPad Pro 2018 merupakan peranti yang masih berkuasa dan dijangka kekal relevan sekurang-kurangnya untuk 4 tahun lagi.

iPad Pro 2018. Masih berkuasa.

Dengan tawaran harga pada kali ini, saya menjangkakan iPad Pro 2018 akan mengalami penurunan harga yang drastik bagi model baharu yang masih lagi dijual di kedai-kedai fizikal.

Harga untuk peranti terpakai juga akan mengalami kejatuhan teruk susulan pelancaran model ini. Namun, perlu diingat, sentiasa berhati-hati apabila membeli peranti Apple secara dalam talian. Ramai yang dah terkena.

Adakah iPad Pro 2020 merupakan peranti yang sempurna atau ideal untuk pendidik? Nantikan catatan seterusnya. Sebelum tu, jom tengok video ini.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.