Pada minggu lepas, kita menyaksikan satu kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan e-learning, iTTV Education Sdn. Bhd. Syarikat ini menawarkan kandungan percuma menerusi saluran di Youtube dari 3 sehingga 6 bulan untuk pelajar dari darjah 4 sehinggalah tingkatan 5. Ia membawakan kandungan lebih 1000 jam video pembelajaran yang menepati piawaian serta sukatan matapelajaran terkini.
Menurutnya lagi ada ibu bapa mengadu di kawasan pedalaman misalnya wujud masalah kekurangan guru. Namun dengan adanya iTTV, semua pelajar akan mendapat pelajaran yang sama daripada guru yang sama di mana-mana sahaja mereka berada.
Bagi kami, tawaran yang disediakan cukup menarik. Sebelum ini pelanggan iTTV perlu melanggan pakej tuisyen online mereka dengan harga RM200 – RM400 setahun. Kami berharap tawaran istimewa ini digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam bidang akademik.
Sumber: iTTV, Harian Metro
Comments have been closed/disabled for this content.