Apple mengemaskini iWork – menyokong rakaman audio dan banyak lagi ciri tambahan menarik

Apple iWork merupakan aplikasi pejabat daripada Apple yang terdiri daripada Pages, Numbers dan Keynote.

Jika Mirosoft mempunyai Office dan Google terkenal dengan aplikasi pejabat awanannya menerusi G Suite, Apple dilihat memberi fokus kepada aplikasi pintar yang dioptimasi untuk peranti iPad dengan sokongan Apple Pencil.

Mereka sebelum ini hadir dengan versi 4.0 yang menyokong fungsi melakar, melakukan anotasi dan juga templat buku digital pada iOS. Kebanyakkan ciri-ciri yang ditawarkan amat diperlukan oleh guru dan juga pelajar.

Menerusi versi 4.1, mereka menawarkan beberapa lagi ciri tambahan menjadikan barisan aplikasi iWork merupakan aplikasi pejabat yang berkuasa dan interaktif.

iWork membawakan fungsi rakaman audio untuk menambah fungsi interaktiviti yang boleh digunakan secara kreatif pada Pages dan juga Numbers.

Cuba bayangkan halaman laporan anda boleh ‘dilekatkan’ dengan pesanan-pesanan suara sebagai sokongan. Sangat-sangat menarik bukan.

Pages mempunyai satu fungsi ‘presentation mode’ yang membolehkan ia berfungsi sebagai satu ‘teleprompter’ untuk projek video pelajar.

Selain itu, mereka juga membawakan sedikit kemaskini kepada fungsi Smart Annotation. Saya amat menyukai Smart Annotation yang saya sifatkan sebagai sangat menarik dan berguna.

Aplikasi persembahan slaid Keynote pula diberi fungsi baharu untuk mengeksport slaid sebagai video. Berikut merupakan ciri-ciri lain yang ditawarkan oleh iWork.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.