Jadikan peranti anda sebuah ‘interactive whiteboard’ dengan Show Me

Mula 2018 saya akan mula berkongsi mengenai aplikasi pintar (app) setiap minggu. Bermakna untuk setahun anda akan mengenali 52 app terbaik sepanjang 2018.

Saya juga akan menganjurkan beberapa siri bengkel dengan tajuk ‘25 app produktiviti untuk pendidik‘. Sentiasa bersama cikgusiber.com untuk pelbagai tawaran bengkel secara percuma, khas untuk anda para pendidik.

Catatan terakhir untuk 2017,  saya kongsikan satu aplikasi yang ringkas dan mudah digunakan. Showme, satu aplikasi menjadikan papan putih anda di kelas sebagai sebuah ‘papan putih interaktif’.

Untuk menggunakan aplikasi ini, ada perlukan sebuah tablet, sebatang stylus, satu dongle untuk casting serta sebuah projektor. Aplikasi ini ditawarkan secara percuma di Play Store dan juga App Store.

Show Me menyediakan fungsi yang anda perlukan sebagai seorang guru transformasi alaf baharu. Menerusi app ini anda boleh melakukan fungsi anotasi pada sebarang media dengan fungsi dakwat digital.

Menariknya, anda juga boleh merakam skrin serta suara pengajaran anda. Seterusnya video tersebut boleh dikongsi kepada rakan yang lain menerusi akaun di Show Me.

Muat turun di App Store
Muat turun di Play Store

Kongsi pengalaman anda menggunakan Show Me pada ruangan komen di bawah. Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk like laman Facebook kami.

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.