Jadikan subjek Sejarah tidak lagi membosankan dengan TimelineJS

Saya bertuah kerana sepanjang di sekolah menengah, guru saya menjadikan subjek Sejarah sesuatu yang amat menyeronokkan. Namun, kebanyakkan rakan mengatakan Sejarah merupakan subjek yang amat membosankan. Anda pula bagaimana?

Sepertimana yang diketahui, Sejarah merupakan ilmu yang mempunyai galur cerita tersendiri berdasarkan fakta. Masa, tempat dan peristiwa merupakan tiga elemen penting yang perlu diingati lantas dihayati.

Jika anda seorang guru Sejarah yang ingin memasukkan sedikit ‘rencah’ teknologi dalam PdPC terutamanya untuk projek berkumpulan, apa kata anda mencuba TimelineJS.

TimelineJS merupakan satu alat untuk membina catatan garis masa interaktif dengan cara yang amat mudah. Seterusnya pelajar akan mengintegasikan pada projek web seperti pembinaan laman web atau blog.

TimelineJS menggunakan Google Sheets sebagai medium suntingan. Mereka memberi panduan yang jelas bagaimana untuk menghasilkan catatan garis masa anda. Oleh itu anda tidak perlu risau mengenai arahan teknikal yang rumit.

Fail templat disediakan dalam Google Sheets untuk suntingan data

Agensi berita terbesar dunia CNN, TIME dan Mashable juga menggunakan alat ini dalam laporan mereka yang memerlukan penerangan secara garis masa.

Lihat contoh oleh TIME - Nelson Madela
Lihat contoh oleh Mashable - MH370

Dengan memasukkan ciri-ciri interaktiviti dan input pelbagai sumber seperti video, hasil yang dihasilkan oleh pelajar menjadi sesuatu yang amat menarik. Catatan garis masa yang dihasilkan juga boleh dikongsi dengan pelajar lain untuk manfaat bersama.

Terokai TimelineJS oleh Knight Lab

Kongsikan pengalaman adan menggunakan aplikasi ini pada ruangan komen dibawah. Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk like laman Facebook kami.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.