Jalankan Android di platform Windows/Mac dengan BlueStacks

Saya menyukai beberapa aplikasi dan permainan di Android yang mana ianya tidak ditawarkan di iOS mahupun untuk pengguna Windows. Samsung Galaxy Note (generasi pertama) yang saya miliki tidak lagi disokong dengan kemaskinian Android terkini.

BlueStacks merupakan satu perisian emulator yang membenarkan anda menjalankan perisian atau aplikasi  Android di atas platform Windows mahupun Mac. Anda hanya perlu memuat turun perisian ini untuk dipasang pada Windows anda. Seterusnya anda boleh memuat turun pelbagai aplikasi atau permainan dari Google Play.

Kemudian anda perlu log masuk menggunakan akaun Google anda. Anda bebas memuat turun aplikasi Android di Play Store sama sepertimana peranti yang menjalankan Android. Ianya mengoptimasikan fungsi papan kekunci dan tetikus dengan baik menerusinya terutamanya apabila anda bermain permainan.

 

Menariknya ia menawarkan fungsi paparan penuh pada PC anda menerusi langganan premium. Namun jangan mengharapkan grafik yang tajam untuk permainan yang dimainkan. Untuk versi premium anda perlu membayar hanya USD2/bulan untuk pelbagai lagi keistimewaan dan bebas iklan.

Perisian ini telah memenangi anugerah BEST OF CES 2012 bagi kategori perisian aplikasi terbaik dan kini ia dimuat turun oleh lebih 5 juta pengguna diseluruh dunia.

Muat turun BlueStacks

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.