Jamboard dari Google kini ditawarkan menerusi pelayar web

Google Jamboard merupakan antara app kegemaran saya di iPad. Dalam bengkel-bengkel yang diberikan aplikasi ini merupakan aplikasi yang kerap saya demokan.

Selain fungsi lakaran secara kolaborasi, apa yang menarik di Jamboard versi app adalah integrasi teknologi dari projek experimen AI, Google AutoDraw pada aplikasi ini yang membolehkan lakaran janaan komputer dipaparkan dengan meneka lakaran tangan kita.

Google for Education hari ini mengumumkan yang mana Google menawarkan Jamboard menerusi pelayar web (web browser). Jadi, akses kepada perkhidmatan ini akan lebih meluas berbanding hanya penggunaan app sahaja sebelum ini.

Menerusi cubaan saya, banyak ciri-ciri sepertimana pada app yang tidak dimasukan dalam Jamboard versi web ni, termasukan fungsi AutoDraw yang disebutkan tadi. Mungkin Google akan mengemaskini fungsi-fungsi baharu pada masa hadapan.

Google sepertimana yang kita tahu mempunyai visi yang besar dalam dunia perkomputeran awan. Kepantasan aplikasi serta perkhidmatan ‘percuma’ merupakan kunci utama kejayaan produk mereka.

Jamboard dilihat bakal menyertai barisan perkhidmatan aplikasi hebat dalam pakej G Suite for Education seperti Gdrive, Classroom, Slides, Docs, Sheets, Sites, Forms dan banyak lagi.

Terokai Jamboard

Sumber: Google Blog

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.