JigSpace menawarkan pengalaman pembelajaran lebih baik menerusi 3D & AR

Kandungan 3D telah memberi impak yang besar kepada dunia hiburan bermula dengan pengenalan teknologi 3 dimensi (3D) pada filem Disney’s TRON pada awal 80-an. 📽

Seterusnya, sedekad kemudian muncul filem-filem sensasi seperti Spielberg’s Jurassic Park (1993), Pixar’s Toy Story (1995) dan sebagainya. Kehebatan teknologi 3D mencapai kemuncak apabila filem James Cameron’s Avatar dipertontonkan pada 2009.

Teknologi 3D memasuki dunia pendidikan menerusi kaedah pemodelan 3D yang digunakan unntuk menerangkan konsep-konsep tertentu terutamanya dalam pengajaran Sains dan Teknikal.

Penerangan secara model simulasi 3D diakui mampu memberi kefahaman yang lebih baik kepada pelajar. Ini terbukti dengan pelbagai kajian yang telah dilakukan.

Kini dengan populariti AR, teknik pengimejan 3D melangkah setapak lagi dengan penggunaan pelbagai sensor pada peranti pintar.

JigSpace merupakan satu aplikasi 3D dalam mood AR yang boleh anda cuba. 🤠

Ianya dibina menerusi platform ARkit. Oleh itu, buat masa ini ianya hanya menyokong peranti yang menjalankan iOS sahaja seperti iPhone dan juga iPad.

Muat turun JigSpace (App Store)

Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk 👍 laman Facebook kami.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.