Jom origami bersama keluarga di musim PKP COVID-19

Origami merupakan satu seni lipatan kertas yang bermula di Jepun sejak kurun ke-16. Perkataan ‘ori’ bermaksud ‘lipatan’, ‘kami’ pula bermaksud ‘kertas’. Sebutan ‘kami’ bertukar kepada ‘gami’ kerana mengalami rendaku dalam evolusi sistem bahasa Jepun.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya seni origami terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya, origami aksi, origami modular, origami ‘wet-folding’, origami Pureland, ‘origami tessellations’ dan origami kirigami.

Seni ini seterusnya berkembang pesat ke seluruh dunia dengan pelbagai teknik serta inovasi-inovasi baharu. Dalam pendidikan, selain bidang seni, origami juga digunakan untuk menarik minat pelajar dalam bidang matematik dan juga reka bentuk.

Video dibawah sangat menarik menceritakan bagaimana para jurutera di NASA menggunakan teknik origami untuk projek reka bentuk teknologi angkasa mereka.

Aktiviti origami bersama keluarga di musim PKP COVID-19

Baru-baru ini, saya tertarik dengan satu aktiviti pembelajaran origami yang diberikan menerusi aplikasi Whatsapp oleh salah seorang guru anak lelaki saya yang berada di darjah dua.

Saya amat meminati seni origami sejak dari kecil lagi. Namun, saya akui yang saya agak kurang cekap untuk mengikuti arahan menerusi panduan yang diberikan.

Saya melihat aktiviti origami ini mampu merangsang kreativiti dan imaginasi pelajar disamping mereka akan cuba belajar memahami arahan yang diberikan menerusi media panduan yang ditunjukkan.

Aktiviti origami bersama keluarga di musim PKP COVID-19 ini juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ia juga dapat mempelbagaikan aktiviti bagi mengurangkan tekanan berada di rumah.

Seterusnya, untuk menghargai usaha guru tersebut, saya melakukan sedikit eksplorasi untuk menjejaki saluran-saluran terbaik origami di Youtube untuk anda ikuti. Ini hasilnya. Jangan lupa untuk ‘subscribe’ saluran mereka.

1. Jo Nakashima – Origami Tutorials

Sifu Jo Nakashima mempunyai hampir 2 juta pengikut di Youtube. Video-video yang dihasilkan beliau sejak 2006 telah mencatatkan lebih 300 juta kali tontonan. Saluran yang wajib diikuti oleh para peminat origami.

Ikuti saluran Jo Nakashima - Origami Tutorials

2. 123 Easy Paper Crafts

123 Easy Paper Crafts memaparkan seni kraf kertas unik menggunakan gabungan pelbagai elemen teknik origami dengan pelbagai teknik lain. Satu saluran yang sangat menarik untuk diikuti.

Ikuti saluran 123 Easy Paper Crafts

3. PPO

Saluran PPO aktif menghasilkan video tutorial mengenai origami mudah di Youtube. Video tutorial ‘How To Make an Easy Origami Dinosaur’ dibawah mencatatkan lebih 6 juta kali tontonan.

Ikuti saluran PPO

4. Amazing Easy Origami – Yakomoga

Amazing Easy Origami oleh Yakomoga ini menawarkan tutorial penghasilan origami mudah dari origami haiwan hinggalah objek yang pelbagai. Sangat-sangat kreatif.

Nota: Tutorial topeng diatas hanya untuk pendidikan seni origami semata-mata. Anda diingat tidak menggunakan topeng origami diatas semasa berada diluar sebagai pelindungan. 

Ikuti saluran Amazing Easy Origami - Yakomoga

5. Paper Kawaii – Origami Tutorials

Apa yang saya suka mengenai saluran ini adalah kepelbagaian objek serta teknik yang ditampilkan. Satu saluran yang berbaloi untuk anda ikuti.

Ikuti saluran Paper Kawaii - Origami Tutorials

6. Sweet Paper

Jika anda rasa mahu lebih cabaran dalam seni origami, saluran Sweet Paper ini amat sesuai untuk anda. Satu saluran yang berasal dari negara kelahiran seni kreatif ini.

Ikuti saluran Sweet Paper

7. JM’s Origami Tutorial

JM’s Origami Tutorial banyak memaparkan hasil origami inspirasi daripada tokoh-tokoh terkenal dalam seni ini. Satu saluran yang sentiasa dikemaskini kandungannya.

Ikuti saluran JM's Origami Tutorials

8. Wonpyo Lee – Origami & DIY

Peminat K-Pop dijemput untuk mengikuti saluran Wonpyo Lee ini. Banyak tutorial menarik dipaparkan disamping dapat juga belajar bahasa Korea.

Ikuti saluran Wonpyo Lee - Origami&DIY

9. Art & Craft

Art & Craft memaparkan tutorial penghasilan seni kraf menerusi penggunaan medium kertas. Dalam penghasilkan kraf ini banyak juga teknik origami digunakan.

Ikuti saluran Art & Crafts

10. PaperART 013

PaperART 013 merupakan satu saluran yang agak menarik untuk diikuti. Saya amat tertarik dengan tutorial origami katak dan payung seperti video dibawah.

Ikuti saluran PaperART 013

11. Origami 4ik

Selain origami, saluran ini juga memaparkan pelbagai seni kraf menggunakan kertas. Pencipta kandungan memaparkan saiz kertas pada awal video untuk memudahkan proses penghasilan origami.

Ikuti saluran Origami 4ik

12. Kirigami Art

Kirigami merupakah salah satu jenis origami yang popular dan agak mencabar juga sebenarnya. Saya pasti anda akan sukakan seni origami dengan konsep sebegini.

Ikuti saluran KirigamiArt

App-app pembelajaran seni origami

Selain saluran-saluran berbentuk video tutorial seperti diatas, anda juga boleh memuat turun app-app berkenaan origami yang banyak ditawarkan di App Store dan juga Play Store.

Semoga perkongsian saya kali ini dapat memberi manfaat buat semua bagi mengisi ruang masa di musim PKP COVID-19 dengan saat-saat manis pembelajaran bersama keluarga. Selamat berorigami.

Jangan lupa untuk menyokong saya, Cikgu Razif dengan mengundi di https://bit.ly/3aS5J3t sebagai #CikguJuaraDigital MDEC 2020.

Cikgu Razif merupakan pendidik era digital yang gemar berkongsi sumber-sumber pendidikan. Ikuti beliau di IG dengan klik pada gambar beliau dibawah.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.