Kahoot! memperkenalkan Challenge, membolehkan guru menghantar kuiz sebagai tugasan di rumah

Kahoot merupakan satu platform game-based learning yang membolehkan pelajar menjawab soalan kuiz dengan gajet mereka sendiri secara langsung dihoskan oleh paparan utama dihadapan. Paparan hos tersebut akan memaparkan soalan, pemasa serta statistik jawapan pelajar secara langsung.

Menuju ke hadapan, hari ini aplikasi kuiz popular ini telah memperkenalkan satu ciri baharu iaitu Challenge. Berlainan dengan fungsi kuiz interaktif di dalam sebuah kelas fizikal, Challenge membenarkan guru menggunakan kuiz yang telah dihasilkan dan berkongsi tugasan kepada pelajar sebagai tugasan di rumah.

Dengan ciri baharu ini guru boleh menghantar tugasan kepada pelajar dengan menetapkan tarikh akhir serta berkongsinya terus ke Google Classroom. Untuk menggunakan Challenge, pelajar anda haruslah memuat turun aplikasi Kahoot dari App Store atau Play Store.

Bina kuiz di Kahoot!

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.