Muat turun e-book ‘Panduan & Kit Lengkap Pembangunan Kelas Digital iPad’

Projek Pembangunan Kelas Digital iPad

Antara alasan yang kerap diberi kebanyakkan pendidik di Malaysia untuk tidak cuba menggunakan teknologi adalah tiadanya kemudahan yang disediakan untuk mereka. Mungkin atas faktor kos dan sebagainya. 

Oleh itu, projek ini merupakan satu usaha yang menggunakan segala peluang dan potensi tertentu seperti penglibatan komuniti untuk bersama-sama membangunkan kemudahan yang boleh digunakan secara bersama. 

Kelas digital merujuk kepada bilik khas yang disokong dengan teknologi pembelajaran terkini. Antaranya, penggunaan peranti berkuasa serta akses kepada kepantasan maklumat menerusi Internet. 

Ekosistem Apple dipilih untuk digunakan  kerana ianya merupakan satu solusi terbaik dan matang untuk menyokong interaktiviti dan kreativiti dalam pembelajaran digital di bilik darjah. 

Projek pembangunan kelas digital melibatkan tempoh jangka masa yang agak panjang dan berterusan. Oleh itu, kami menerbitkan satu e-book sebagai panduan kepada guru untuk guru membangunkan projek ini.

Panduan Pembangunan & Kit Lengkap Kelas Digital iPad

Buku ini merupakan panduan lengkap bagi projek membangunkan Kelas Digital iPad untuk guru dan juga pentadbir.

Fokus diberikan kepada perlaksanaan dalam ekosistem pendidikan di sekolah-sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau institusi-institusi sepertinya seperti dibawah pentadbiran MARA dan kerajaan negeri. 

Strategi yang digunakan adalah untuk merancang dan mengubahsuai bilik tertentu di premis sekolah kepada sebuah bilik khas yang menyediakan kemudahan pembelajaran digital yang interaktif dan menyeronokkan. 

Usaha ini merupakan inisiatif yang melibatkan komitmen dan kerjasama daripada komuniti. Dalam panduan ini ditekankan beberapa pendekatan terbaik untuk mendapatkan dana daripada penyumbang berpotensi. 

Panduan & Kit Lengkap Pembangunan Kelas Digital iPad ini menyediakan perkongsian pengalaman, amalan terbaik serta hal-hal teknikal pembangunan bagi sesebuah kelas digital. 

Sertai ATC iChampion MY untuk muat turun 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.