Google mengemaskini aplikasi Classroom dengan beberapa ciri baharu

Di Amerika Syarikat dan di kebanyakkan negara di dunia, mereka menggunakan sistem penggal persekolahan yang lazimnya bermula pada September.

Google mengumumkan satu berita baik kepada guru dan pelajar sempena penggal persekolahan yang bakal bermula. Mereka menawarkan beberapa ciri-ciri kemaskini untuk aplikasi Google Classroom.

Untuk makluman, Google Classroom merupakan satu aplikasi pengurusan pembelajaran yang popular kerana ianya amat pantas dan mudah dikendalikan.

Ianya ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna yang mempunyai akaun Google.

Aplikasi ini sangat penting bagi Google untuk mereka menyokong integrasi pelbagai perkhidmatan dan produk untuk pendidikan seperti G-Suite for Education dan Chromebook.

Berikut merupakan ciri-ciri tambahan yang ditawarkan kepada anda.

Guru dan pelajar boleh menyiarkan tugasan dan soalan di halaman ini serta menyusunnya ke dalam modul dengan topik tertentu. Kehadiran Classwork menjadikan masalah ‘kesesakan’ dan ‘kurang sistematik’ pada suapan halaman Stream dapat diatasi.

  • Alat Pengredan Baharu 

Guru diberikan kemaskini baru untuk proses mengred, menghantar tugasan dan membalas komen. Selain itu, guru juga dapat menyimpan maklumbalas umum yang boleh digunakan kemudian dalam ‘bank komen’. Guru juga boleh menetapkan terus nilai gred apabila membina soalan atau tugasan.

  • Halaman ‘People’ yang Dipertingkat

Guru boleh melihat maklumat setiap pelajar di halaman ini dengan mudah. Guru juga boleh menjemput atau menyingkir pelajar, guru, dan ibubapa.

Guru boleh menyunting penerangan kelas, menukar kod kelas dan menguruskan laporan ibubapa serta melakukan kawalan Stream dengan mudah.

Guru boleh membuat kelas baru dengan menyalin bahan seperti halaman kerja serta topik-topik dari kelas lama dengan mudah.

Guru dan pelajar kini boleh menetap kawalan terhadap notifikasi bagi kelas setiap pilihan. Anda boleh mematikan notifikasi bagi kelas-kelas tertentu.

  • Melihat kemaskini Status Kerja

Guru dan pelajar boleh melihat label kemaskini (assigned, turned in, graded) untuk status kerja pelajar pada bahagian kanan atas Classwork. Ianya memudahkan guru dan pelajar mendapat notis serta pembelajaran dapat berlaku dengan pantas.

Selain itu, Google juga menyatakan mereka akan hadir dengan aplikasi kuiz menerusi Google Form yang membolehkan guru untuk ‘mengunci’ aplikasi-aplikasi  lain pada kelas Chromebook.

Kaedah ini berguna jika guru menjalankan penilaian yang melibatkan tempoh masa tertentu serta para pelajar dilarang untuk akses kepada sumber lain.

Kesemua ciri-ciri yang dinyatakan diatas akan hadir kepada pengguna secara berperingkat.

Semakan saya terhadap aplikasi Google Classroom bagi akaun personal dan G-Suite for Education yang dimiliki, kesemua ciri-ciri diatas nampaknya masih belum dikemaskini.

Saya menjangkakan kesemua pengguna dapat menikmati kemaskini baharu ini sebelum bermulanya sesi baharu persekolahan pada awal September kelak.

Sumber: Google Education Blog 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.