Lihat apa yang baharu di Scratch

Scratch adalah bahasa pengaturcaraan visual untuk kanak-kanak. Ia juga boleh dijalankan secara atas talian dan juga offline (dengan memuat turun aplikasi ke desktop).

Pengguna boleh membangunkan projek  menggunakan antara muka berasaskan blok. Projek-projek ini boleh dikongsi menerusi komuniti secara atas talian.

Perkhidmatan yang dibangunkan oleh MIT Media Lab ini telah diterjemahkan kepada lebih 70 bahasa.

Sehingga kini, terdapat lebih daripada 4 juta studio dicipta, 34 juta projek yang dikongsi, 32 juta pengguna berdaftar dan lebih 172 juta komen dibuat.

Scratch digunakan di Malaysia sebagai salah satu alat yang dicadangkan untuk pembelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) di sekolah rendah dan Asas Sains Komputer (ASK) di sekolah menengah.

Sepertimana aplikasi-aplikasi lain yang wujud, Scratch juga mengalami evolusi. Semalam di Youtube rasmi mereka, diumumkan beberapa penambahbaikan serta ciri-ciri baharu. Mari kita saksikan.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.