PADU & KPM melancarkan Kempen Guru Pembelajaran Abad ke-21

Hari, ini saya menerima jemputan khas untuk pelancaran Kempen Guru Pembelajaran Abad ke-21 di TGV Cinema D’pulze, Cyberjaya.

Akibat kelemahan diri, saya tersalah ke TGV Cinema Sunway Velocity, KL yang mana tempat sepatutnya program berlangsung sebelum penganjur mengumumkan pertukaran lokasi acara.

Agak pelik mulanya apabila dapat tahu pelancaran di TGV Cinema. Rupa-rupanya PADU & KPM ingin belanja cikgu-cikgu menonton filem baru Bumblebee sebagai penghargaan kepada mereka.

Layan Bumblebee di Hall 2 TGV Cinema, D’pulze Cyberjaya – Gambar Cikgu Hailmi

Peluang kepada 420,000 guru berkongsi idea hebat

Kempen Guru Pembelajaran Abad Ke-21 ini adalah untuk menggalakkan para guru untuk berkongsi kaedah Pembelajaran Abad Ke-21 secara kreatif dan interaktif.

Pertandingan ini mengingatkan saya mengenai projek 21 Guru Aspirasi Malaysia oleh cikgusiber.com pada penghujung 2015 dengan matlamat yang sama. Namun, projek ini terpaksa dibatalkan akibat gagal mendapat penajaan yang sepatutnya.

Acara perasmian dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Datin Rosliza Rosli dari PADU, seterusnya Menteri Pendidikan YB Dr. Mazslee Malik memulakan ucaptama.

Dr. Mazslee menekannya dalam usaha kita menyediakan pelajar dengan kemahiran abad ke-21, faktor nilai seperti kasih sayang perlu diterapkan.

 

4K 1N

Inisiatif ini adalah untuk menggabungkan kaedah-kaedah pembelajaran yang unik dan menarik bagi memupuk 4K1N dalam kalangan pelajar di samping memberikan penekanan terhadap pencapaian akademik yang lebih baik.
4K1N adalah:
  • Komunikasi
  • Pemikiran Kritis
  • Kreativiti
  • Kolaboratif
  • Nilai Murni & Etika

Selain tawaran ganjaran yang agak lumayan kepada guru dan sekolah, 10 guru terbaik juga akan dijemput menerima latihan khas serta berpeluang untuk bertemu Menteri Pendidikan dalam satu sesi khas.

Guru perlu menghasilkan 3 minit video serta menulis 300 patah perkataan untuk diserahkan di https://gurupak21.com sebelum atau pada 31 Januari 2019.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.