Seronoknya ber’kahoot!’ – aplikasi kuiz interaktif masa nyata

Saya terlepas bengkel kerja VLE peringkat negeri  pada tahun ini atas masalah kesihatan anak bongsu. Saya wakilkan rakan saya untuk menyertai progam tersebut.

Menurut beliau, antara perkara menarik yang dikongsi dalam program tersebut adalah sebuah aplikasi web Kahoot! oleh Cikgu Adilah.

Kahoot! merupakan satu aplikasi kuiz interaktif secara masa-nyata (real-time) untuk menjadikan sesebuah kelas lebih menarik.

Untuk menggunakan Kahoot! anda perlu ke https://create.kahoot.it jika ingin membina kuiz baharu sendiri atau boleh memilih untuk menggunakan hampir 3 juta kuiz yang telah dibina dan dikongsi oleh komuniti.

Setelah set kuiz anda siap, anda perlu berkongsi nombor pin yang dibekalkan untuk mereka ‘check-in’ ke dalam set kuiz anda.

Pelajar perlu memasukkan nombor pin kuiz tersebut menerusi peranti seperti komputer, tablet atau telefon pintar yang mereka miliki melalui alamat https://kahoot.it/.

Paparan tunggal dihadapan bertindak sebagai monitor utama aktiviti kuiz sesuatu kelas.

Ianya akan memaparkan soalan kuiz dengan pelbagai jenis media serta pemasa dan keputusan secara langsung.

Pelajar pula akan menjawab dengan pilihan jawapan (menerusi simbol & warna) pada peranti yang mereka miliki.

Pelajar akan diberi mata bagi jawapan yang betul serta ditunjukkan kedudukan keseluruhan secara terus pada paparan utama.

Setelah percubaan pertama saya bersama pelajar, ternyata Kahoot! mempunyai elemen interaktiviti dan ‘aura’ yang menjadikan kelas lebih menyeronokkan.

Kahoot! bagi saya merupakan satu aplikasi yang harus dicuba tahun ini.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.