15% aliran turun (downstream) trafik Internet global adalah datang dari aktiviti menonton kandungan video di Netflix. Mereka berkembang dengan pesat sebagai peneraju perkhidmatan pengstriman video utama.
Saya yakin kebanyakkan pengguna Nexflix di Malaysia adalah terdiri dari kalangan remaja dan belia. Golongan ini menjadikan Nexflix sebagai pilihan untuk menonton rancangan TV bersiri.
Fenomena yang dicetuskan oleh Netflix perlu diberi perhatian jika anda seorang yang mengikuti perkembangan dunia Internet. Saya senaraikan 6 perkara yang perlu diketahui oleh anda selaku ibu bapa dan juga para pendidik.
1. Jenama perkhidmatan pengstriman kandungan video yang paling pesat berkembang
Netflix berkembang dengan pesat seluruh dunia. Sehingga Oktober 2018, Netflix dilaporkan mengatasi Youtube untuk aliran trafik Internet global di Asia Pasifik.
Selain menawarkan filem dan kandungan daripada pihak ketiga, Netflix juga melakukan pelaburan yang besar untuk menerbitkan kandungan sendiri dibawah label Netflix Originals.
Dengan menjadikan sesuatu kandungan hanya eksklusif di Netflix, ia akan menarik lebih ramai pengguna.

2. Boleh diakses oleh sebarang peranti termasuk TV pintar
Netflix boleh diakses menerusi app pada telefon pintar, komputer tablet, konsol permainan, kotak atau stik pengstriman, komputer dekstop dan juga TV pintar.
Nexflix menyokong paparan televisyen 4K (Ultra HD) dengan pakej langganan tertinggi yang pasti memberi pengalaman menonton yang mengujakan.

3. Akses keseluruhan kandungan secara percuma selama 1 bulan
Bagi pendaftaran kali pertama anda akan diberi akses percuma selama satu bulan sebagai tempoh percubaan.
Seterusnya, pelanggan perlu membayar langanan secara bulanan sama ada pakej asas, standard atau premium.
Bagi pelanggan telco tertentu, tetapan bayaran boleh dilakukan dengan memindahkan yuran langganan kepada bil bulanan pasca bayar anda.



4. Tapisan kandungan
Terdapat kandungan di Netflix yang mempunyai unsur-unsur yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat kita. Rating umur dipaparkan pada setiap item video.
Namun, Netflix menyediakan fungsi untuk ibu bapa mengurus akaun dengan membina profail khas untuk kanak-kanak. Proses untuk melakukan tetapan yang disediakan Netflix begitu mudah.



5. Alternatif Netflix
Di Malaysia, iflix (sebuah startup dari Malaysia) menjadi pilihan sebagai alternatif Netflix berbanding perkhidmatan lain.
iflix dilihat lebih memberi tumpuan kepada pasaran serantau. Namun, kandungan mereka juga bercitarasa global serta terdapat banyak kandungan tempatan.
Sepertimana Nexflix, iflix juga mengandungi kandungan-kandungan yang kurang sesuai untuk golongan remaja dan kanak-kanak. Seperti biasa, tetapan perlu dilakukan untuk menapis kandungan.

6. Kandungan untuk pendidikan?
Netflix dikhususkan untuk hiburan. Namun, anda juga boleh memanfaatkan kandungan didalamnya untuk tujuan pembelajaran.
Tapi bagaimana?
Menerusi kategori Documentaries, anda boleh menggunakan kandungan tersebut untuk pelajar atau anak anda. Netflix menawarkan kandungan dokumentari yang menarik dan berkualiti tinggi.

Langkah terbaik untuk mengenali Netflix adalah dengan mencubanya sendiri secara percuma untuk bulan pertama. Langganan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sahaja dengan mudah.
Tamat sahaja tempoh percubaan, jangan lupa untuk unsubscribe agar anda tidak dicas untuk bulan kedua. Namun, jika anda sukakannya, boleh sahaja meneruskan langganan.
Sekian sahaja kali ini. Sertai Telegram kami untuk infomasi teknologi dalam pendidikan setiap hari.
Comments have been closed/disabled for this content.