Ketahui dua ‘perkara besar’ diumum Khan Academy sepanjang Julai

Khan Academy sentiasa memberi komitmen untuk menawarkan sumber pembelajaran percuma kepada sesiapa sahaja menerusi Internet.

Sejak 2009, mereka sentiasa mencatatkan prestasi yang luarbiasa. Lihat sahaja statistik dibawah yang dipetik dari laporan tahunan 2017 mereka.

Bulan ini, Khan Academy mengumumkan 2 perkara besar yang bakal memberi impak kepada jenama mereka.

Pertama, pelancaran Khan Academy Kids. Ia merupakan satu program pendidikan untuk kanak-kanak berumur dua hingga lima yang dirancang untuk menginspirasi pembelajaran sepanjang hayat.

Dengan beribu-ribu aktiviti, buku, video dan set pembelajaran, Khan Academy Kids menggabungkan subjek seperti matematik dan membaca dengan aktiviti kreatif seperti lukisan dan bercerita.

Mereka bekerjasama dengan pakar kanak-kanak dari Sekolah Pengajian Siswazah Pendidikan Stanford dan penulis buku kanak-kanak untuk membangunkan aplikasinya.

Menurut mereka, kurikulum dan perpustakaan buku mereka mengajar kemahiran akademik serta perkembangan emosi sosial dan tabiat yang sihat.

Khan Academy Kids dicipta oleh pasukan pemenang anugerah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Antara pencapaian yang diperolehi adalah 21 anugerah Parents’ Choice Awards, 18 pengiktirafan Editor’s Choice Awards from Children’s Technology Review dan telah diundi sebagai aplikasi kanak-kanak terbaik di International Consumer Electronics Show.

Khan Academy Kids kini boleh didapati di App Store, beta untuk Google Play dan Amazon Appstore.

Seterusnya, mereka mengumumkan logo baharu mereka dengan paparan motif yang sama.

Menurut mereka, bentuknya dan warna terang mencerminkan kegembiraan pembelajaran dan kekuatan pendidikan transformasi.

Logo baharu ini dikatakan akan digunakan di semua platform mereka seiring dengan beberapa perubahan tema grafik.

Logo ini mencerminkan platform mereka yang semakin berkembang dengan pelbagai ciri-ciri yang menyeronokkan dalam pebelajaran.

Mereka meminta para pengguna untuk memberi komen terhadap perubahan baharu yang ditawarkan mereka.

Sumber: Khan Academy Blog

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.