ATC iChampion MY di KL EdTech Day 2018

Pada 1 & 2 Disember bertempat di SEGI University, Kota Damansara berlangsung satu bengkel bertemakan teknologi pendidikan anjuran RUMAHKOD.

Saya diberitahu oleh pihak peganjur, ini merupakan acara terbesar mereka kali kedua setelah kejayaan di KL EdTech Day 2017. Ianya diteruskan sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini.

KL EdTech Day 2018 melibatkan belasan tajuk yang dijalankan secara sesi selari. Ianya melibatkan ramai ‘nama-nama besar’ dalam bidang teknologi pendidikan tempatan.

ATC iChampion MY mengendalikan 3 tajuk bagi 6 sesi sepanjang 2 hari program. Saya dibantu oleh Cikgu Jaffry untuk membimbing hampir 200 peserta yang kebanyakkan adalah guru.

Berikut merupakan rangkuman program.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.